Tuesday, 2 August 2011

Mee

Blackpepper Mee


Bahan-Bahan:
2 batang mee lidi / 2 kati mee basah
1 labu bawang putih
1 camca teh blackpepper (ditumbuk)
100g daging lembu
100g sayur sawi
daung bawang & daun sup
5 camca besar minyak masak
50ml sos cili
50ml kicap masin
garam secukup rasa
400 ml air
Cara:
·      Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging, goreng hingga kering air.
·      Masukkan blackpepper. Masukkan sos cili dan kicap masin, kacau sebentar. Masukkan air. Tunggu hingga mendidih.
·      Masukkan batang sayur, tunggu hingga lembut. Masukkan mee dan daun sawi serentak. Apabila mendidih, hidangkan mee.
Cadangan Hidangan:
Tabur daun bawang dan daun sup. Hidangan ini cukup untuk 6 orang.
Tambahan:
Boleh dihidangkan bersama sambal kicap.




Claypot Mee


Bahan-Bahan:
250 gm mee
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang putih (dilumatkan)
40 gm isi ayam (dipotong kecil)
30 gm isi udang (dipotong kecil)
4 keping cendawan hitam (direbus kembang dan dihiris)
5 batang sawi (dipotong satu inci)
4 mangkuk air rebusan ayam (Chicken stock)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Garam dan perisa secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu tepung jagung
Cara:
·     Rebuskan mee sehingga ia kembang, toskan dan asingkan. Panaskan bawang sehingga sedikit garing.
·     Kemudian masukkan air ayam dan biarkan ia mendidih. selepas itu, masukkan ayam, udang, kicap, sos tiram, garam cendawan dan sawi.
·     Alihkan semua yang ditumis tadi ke dalam claypot jika ada. Apabila mendidih semula masukkan mee dan kacau untuk seketika.
·     Kemudian pecahkan telur dan kacau di dalam mee tadi agar sedikit berderai. Campurkan sedikit air dengan tepung jagung, kacau perlahan-lahan sehingga ia sebati.
·     Akhir sekali masukkan minyak bijan dan dikacau rata lalu dihidangkan. Hidangan ini dihidangkan bersama cili hijau dan di dalam claypot.





Cantonese Yee Mee


Bahan-Bahan:
Yee mee (sediakan untuk 4 orang makan)
20 ekor udang sederhana besarnya
isi daging ayam yang telah dihiris
sedikit hirisan daging lembu (yang telah direbus)
sedikit lada sulah
2 biji putih telur
2 buku pati ayam Maggi
100 ml Air rebusan kulit udang
Garam & serbuk perasa
200 gm kobis cina (dipotong kecil)
100 gm sawi hijau (dipotong kecil)
2 ulas bawang kecil (untuk menumis)
3 ulas bawang putih (untuk menumis)
2 sudu makan minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air
sedikit minyak zaitun untuk menumis
3 batang daun bawang
sedikit bawang goreng untuk hiasan
Cara:                                                                                                                       
·      Masukkan bahan-bahan untuk menumis. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada sulah dan air rebusan kulit udang.
·      Biarkan mendidih.Masukkan Udang, isi ayam dan hirisan daging. Biarkan mendidih selama 10 minit.Kemudian masukkan Kobis Cina dan sawi hijau. Masak selama 2 minit.
·      Masukkan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan minyak bijan untuk mewangikannya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk menghiaskannya. Bolehlah di masukkan kuah tadi ke dalam Yee Mee yang telah tersedia.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan ketika masih panas kerana jika sejuk kuahnya akan membeku.
Tambahan:
Hendaklah sentiasa mengacau kuah ketika memasukkan larutan tepung jagung kerana jika tidak dikacaukan kuahnya akan berketul ketul.



Mee Goreng Mamak Simple


Bahan-Bahan:
Bahan A:

500g mee kuning (basuh dgn air panas)
2 sudu besar isi ayam dipotong kecil
Setengah biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada hijau (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar air
2 tangkai sayur sawi
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan B:


3 biji lada kering (direndam air panas)
1 ulas bawang putih
2 butir bawang merah kecil
Setengah cm halia
Bahan B - kisar halus
Cara:
·     Panaskan kuali. Masukkan minyak dan goreng isi ayam hingga garing dan keluarkan.
·     Goreng bawang merah dan bawang putih hingga sedikit hangit.
·     Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing(keluar minyak). Tambah sos tomato, kicap manis dan air. Kacau rata.
·     Masukkan mee kuning, isi ayam dan sayur sawi. Kacau hingga sebati. Kuatkan api. Masukkan telur ayam. Kacau hingga agak kering. Taburkan lada hijau.
Cadangan Hidangan:
Letakkan sos di atas timun yang dipotong sebagai hiasan. Jika suka pedas boleh tabur sedikit lada putih.
Sesuai untuk 4 orang.
Tambahan:
Masa penyediaan: 20 minit.


 
Mee Gulung Special


Bahan-Bahan:
Bahan A


-200 gram mee kuning
-2 biji telur
-2 camca besar sos tiram
-sedikit minyak
-lada sulah
-garam

Bahan Hiasan
-daun salad(dihiris)
-1 biji cili merah(dihiris)
-sedikit bawang goreng
Bahan B

-2 ulas bawang putih
-5 biji cili padi
-50 gram isi ayam(dipotong kecil)
-50 gram udang(sederhana besar)
-50 gram sotong(dipotong kecil)
-20 gram kailan(dipotong kecil)
-20 gram lobak merah(dipotong memanjang)
-20 gram bunga kobis
- 1 biji tomato(dibelah empat)
-250 ml air
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar kicap cair
-1 sudu besar tepung jagung
sedikit gula
Cara:
Bahan A
·         Mee digaul dgn sos tiram
·         Panaskan sedikit minyak dan goreng mee tadi 2minit dgn api yg perlahan.ketepikan.
·         Pecahkan 2 biji telur dlm mangkuk yg berasingan.masukkan lada sulah dan sedikit garam.pukul seketika.
·         Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi(seperti membuat telur bungkus).
·         Letakkan mee tadi di dalam telur kemudian gulung kemas.
·         Angkat dan ketepikan

Bahan B
·         panaskan sedikit minyak
·         Tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam dan sotong. kacau 2minit
·         Masukkan udang, kailan, lobak merah dan bunga kobis. Masukkan sos tiram,kicap cair,gula dan air. biar seketika
·         Masukkan tepung jagung.setelah agak pekat masukkan tomato dan tutup api.
Cadangan Hidangan:
Mee gulung telur tadi diletakkan dalam pinggan.Taburkan daun salad, cili merah dan bawang goreng.Kemudian tuangkan kuah diatas mee tadi.
Tambahan:
Sedap dimakan panas-panas.Jika tak suka pedas kurangkan cili padi.... Selamat mencuba....



Mee Hailam


Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning
300 daging ayam
200 gm daging (direbus)
200 gm sawi (dipotong)
5 biji bebola ikan (dipotong)
2 cawan stok daging
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan, Garam, serbuk lada hitam & minyak masak
Cara:
·      Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar.
·      Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, sos tomato & stok daging.
·      Apabila mendidih, masukkan garam,daging, ayam, sawi & serbuk lada hitam.
·      Akhir sekali, masukkan mee, minyak bijan & kacau rata. Masak selama 2 minit.



Mee Goreng Taucu


Bahan-Bahan:
Sebungkus mee kuning
isi ayam
daging
udang
bawang putih 5 ulas
bawang merah 2 ulas
bawang besar 1 labu
lada merah
sawi, kubis
cili kisar 3 sudu
taucu 4 sudu besar
kicap pekat
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam
gula
aji
Cara:
·   Tumiskan bawang merah dan bawang putih. masukkan cili kisar. tumis hingga garing.masukkan smua lauk.
·   Masukkan semua sos2.gaul rata. masukkan taucu. masukkan garam skit.tambah skit air.
·   Masukkan mee kuning.gaul rata.last skali masuk bawang besar, lada merah dan juga sayur.perasakan.bolehlah diangkat.
Cadangan Hidangan:
sedap dimakan semasa panas. bleh juga tambah telur kalo suka
Tambahan:
jangan letak banyak garam kerana taucu sudah masin.



Mee Jawa Singapura


Bahan-Bahan:
Untuk dicelur dengan air panas
Sebungkus mee kuning
500 gm taugeh (dibuang ekornya)
300 gm sawi hijau (di potong kecil)

Bahan untuk di kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
sebatang serai (di hiris)
sedikit cili padi
10 gm tauchu

300 gm udang kertas (di buang kulit & kisar kulit bersama sedikit air)
Ambil air dari kulit udang tersebut
10 gm rempah kari daging (cap Baba's)
200 gm kacang tanah (kisar bersama air asam jawa)
300 gm keledek (di rebus & lecek hingga lumat)
10 gm tepung jagung
sedik air

Untuk hiasan

Bawang goreng
Daun bawang (di hiris)
Cili merah (di hiris)
Cili hijau (di hiris)
Telur rebus
Tauhu goreng (di potong dadu)
Limau kasturi

Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
·      Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.Setelah minyak panas masukkan bahan2 untuk di kisar tadi. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging bersama udang. Kemudian masukkan air rebusan udang bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
·      Setelah mendidih masukkan keledek dan kacang tanah. Kacau sehingga keledek dan kacang tanah sebati. Kacau perlahan-lahan dengan api sederhana supaya keledek tidak bergentil.
·      Masukkan sedikit air ke dalam tepung jagung. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuah sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah.
·      Jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

Cadangan Hidangan:
Setelah kuah mendidih, tuang kuah ke dalam bahan2 yang di celur tadi.Bolehlah di hias dengan bahan hiasan.

Kuah mee jawa singapura mesti ada rasa sedikit masam manis. Baru ada ummmmmpph!!


Mee Kari Nyonya

Bahan-Bahan:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang halus)

1 batang bunga kantan (di potong halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
3 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak

p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada dua bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yang dipotong
bahan isi:
3 ketul fishcake
1 paket fishball
500 gm ayam (dipotong halus)
6 keping tauhu kering (dipotong 4)
150 gm isi kerang

sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk)

bahan mee:
2 bungkus mee kuning
100 gm taugeh
100 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis
Cara:
·     Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.
·     Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak
·     Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik
Cadangan Hidangan:
semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa.
Tambahan:
kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa



Mee Rebus


Bahan-Bahan:
Kuah :
(Kisar bersama)
30 tangkai cili kering (direndam)
¾ cawan udang kering
15 ulas bwg merah
5 ulas bwang putih
1" kunyit hidup
1" halia
1 sd besar jintan manis

Tumisan :
1 cawan minyak
4 biji bwg besar kuning - hiris halus
5 batang serai dititik
2" lengkuas - dititik

Kisar :
¾ cawan taucu

1 paket rempah kari ikan
4 sd besar gula
1.2 kg keledek ungu - direbus dgn 1 liter air dan kisar dgn air rebusan
600 gm daging - hiris dan rebus dgn 1.5 liter air
400 udang - rebus dan kisar
1 sd besar garam atau secukup rasa
sedikit serbuk perasa
Bahan taburan :
(Kuih udang)
500 gm tepung
½ cwn udang kering - kisar
1 biji bwg besar - bersama
1 paket yis kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut
(Gaul semua bahan kecuali garam hingga sebati kemudian masukkan garam - diamkan ½ jam dan lelekan dgn senduk supaya nipis dalam minyak panas, bila garing toskan minyak dan potong nipis - kuih ini sepatutnya garing)

Bahan lain :

10 biji telur - direbus dan belah dua
Hirisan daun sup & daun bwg
potongan limau nipis/limau kasturi
Hirisan cili merah & hijau (atau cili jeruk)
Sawi - dicelur - optional
600 gm tauge - dicelur
10 keping tauhu - digoreng dan hiris
3 bungkus mee kuning - dicelur
bawang goreng
(Masakan ini untuk lebih kurang 10 org)
Cara:
·      Panaskan minyak dan masukkan bahan titik (serai & lengkuas) dan tumis hingga wangi.
·      Masukkan bwg hiris dan kacau hingga kuning hingga menyerupai bawang goreng-ini adalah untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat dan wangi.
·      Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan garing, masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dan tumis sekejap, masukkan taucu kisar, tumis hingga sebati.
·      Masukkan bahan ini kedalam rebusan daging yang mendidih dan kacau, masukkan juga udang rebus kisar-gunakan air rebusannya sekali, keledek rebus kisar, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga pekat.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee kedalam mangkuk, taburkan tauge, kuih udang, tauhu dan bahan taburan lain, tuangkan kuah yang panas dan hidangkan.
Tambahan:
Penggunaan bwg yang banyak akan memekat dan mewangikan kuah begitu juga dengan keledek. Gunakan setiap air rebusan untuk hasil yang lebih baik. 






Mee Udang


Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
·      Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
·      Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
·      Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
·      Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
·      Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
·      Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.




Mee Celup (Kelantan)


Bahan-Bahan:
mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
ikan bilis goreng
kangkung
kacang tanah tumbuk
garam
gula
perasa
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)
bahan-bahan sup

perut lembu
daging lembu
rempah sup
Cara:
·     terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).

Cara-cara menyediakan mee celup
·     ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan:
dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali



 
Mee Bandung Asli Muar


Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara:
·         Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
·         Pijarkan minyak dalam kuali Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
·         Masukkan sos tiram
·         Masukkan udang, daging rebus
·         Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.
Tambahan:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.





Mee Bakso

Bahan-bahan
500 gm tulang lembu
200 gm lemak muda atau tetal
300 gm daging [kisar]
5 s/b tepung jagung
2 kiub pati daging
1 bungkus rempah sup bunjut
sos cili kicap
daun sup & daun bawang [hiris]
hirisan kobis
500 gm mee kubing [celurkan]
air secukup
garam
10 ulas bawang merah [mayang nipis]
Minyak

Bahan tumbuk1 s/b lada hitam[kisar]
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Bersihkan tetel/lemak muda dan tulang lembu dan rebuskan bersama bahan tumbuk dan rempah sup bunjut sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan gorengkan bawang untuk buat bawang goreng.
3. Masukkan bawang goreng kedalam periuk sup dan renehkan sehingga lembut.
4. Daging kisar tadi di gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam dan bulat2kan. Sekiranya lembek bolehlah tambahkan tapung jagung.
5. Bila kuah tulang telah mendideh masukkan bebola daging dan rebuskan sehingga masak.
6. Untuk menghidangkan, ambil mee kuning dan daun sup & daun bawang, hirisan daun kobis dan sos cili kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atas mee. 





Mee Kuah Tomato


Bahan-bahan

600 g mee kuning
300 g daging yang dipotong kecil dan direbus
300 g udang
300 g sawi putih
5 kelopak kobis
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air rebusan daging
1/2 sudu teh lada putih
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 ulas bawang putih dikisar
12 tangkai cili kering dikisar
Setangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

Panaskan minyak di atas kuali, tumiskan bawang besar hingga wangi.
Masukkan bawang putih, cili giling dan serbuk lada putih.
Kemudian masukkan daging, udang, tomato puri dan air rebusan daging.
Apabila mendidih masukkan kobis, sawi dan mee kuning. Kacaukan rata-rata.
Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang. Anda jugak bolehmenambahkan bawang goreng atau cili jeruk jika mahu





Mee Labu



Bahan-Bahan



1/2 biji buah labu-dihiris

2 sudu udang kering

segenggam ikan bilis

1 mangkuk kecil taugeh

2 ulas bawang kecil-dihiris

1 paket kecil mee kuning

sedikit minyak untuk menggoreng



Cara Cara

Panaskan minyak, goreng ikan bilis.Ketepikan.

Goreng hirisan bawang, apabila sudah kekuningan, masukkan udang kering, dan goreng beberapa minit.

Masukkan hirisan buah labu,goreng seketika, kemudian masukkan air.Biarkan hingga mendidih.

Masukkan mee kuning dan taugeh, biarkan hingga masak, tetapi jangan tutup

Periuk. Ketika menghidang, taburkan ikan bilis diatas mee



MEE Udon & Udang Tempura



Bahan-Bahan
Bahan untuk SOUP:

Beberapa hiris Celery

Beberapa hiris Lobak merah

Beberapa keping Cendawan shitake

Sedikit serbuk Ikan

Sedikit serbuk Pes mee so

Kepingan Ikan salmon

½ biji Bawang besar2 ibu jari Halia – dihiris



Bahan untuk UDANG TEMPURA

5 ekor Udang - dibuang kulitnya dan dibersihkan

3 hiris Lada banggala merah

dan hijau2 biji Kuning telur- dikocok

7 keping Cendawan shitake

7 keping Hirisan lobak merah

Serbuk lada rogarushi

Tepung tempura



Cara Cara
Cara – Cara Untuk Sup

Rebus kesemua bahan selama ½ jam, kemudian keluarkan.

Air rebusan tadi jangan dibuang, masukkan serbuk ikan dan pes mee so kedalamnya, dan kacau rata.

Cara – Cara Untuk Udang:

Bancuh tepung dengan kuning telur hingga sebati.

Salut kesemua bahan dengan tepung tempura, kemudian celup pada bancuhantepung dan goreng.

Cara menyediakan MEE UDON:

Celur mee udon ke dalam air mendidih selama 1 minit.

•Tapis airnya dan masukkan ke dalam mangkok.

Tuang soup, masukkan hirisan sayur dan tabur serbuk lada rogarushi serta bawanggoreng di atasnya.

Hidangkan bersama udang goreng tempura



Mee Kari Tomyam


Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning
250 gm ayam (dipotong kecil)
1 biji timun (dipotong kecil)
4 keping tauhu kering
½ biji kelapa (diambil santan)
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan rempah kari daging
10 ulas bawang merah (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 inci belacan
1 kuntum bunga kantan
2 kiub Tom Yam Knorr
200 gm sawi (dipotong 1inci & dicelur)
500 gm kerang rebus
Garam secukup rasa
Cara:
·     Rebus ayam & asingkan air rebusannya. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
·     Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam,belacan & kacau lagi hingga garing. Masukkan air rebusan, kiub Tom Yam Knorr,bunga kantan & tauhu.
·     Masukkan santan, ayam & garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Celur mee & toskan. Masukkan ke dalam pinggan & tuangkan kuah di atasnya.
Cadangan Hidangan:
Mee tersebut bolehlah dihiaskan dgn kerang, sawi & timun.



No comments:

Post a Comment