Wednesday 3 August 2011

BuBur

Bubur Aneka Warna


Bahan-Bahan:
150 gm tepung pulut
300 ml santan cair
100 gm gula pasir
30 gm sagu biji
55 ml santan cair
1 helai daun pandan
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh pewarna ungu
1 sudu teh pewarna merah
Cara:
·     Uli tepung pulut bersama santan cair.
·     Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian hendaklah diwarnakan dengan satu warna.
·     Gentel bulat-bulat dan kemudian rebus untuk jangka masa 3-4 minit.
·     Kemudian angkat dan simpan dalam peti sejuk. Sementara itu, masak santan bersama daun pandan, gula dan sagu biji.
·     Kemudian tunggu sehingga biji sagu menjadi jernih dan masukkan adunan tepung pulut yang telah direbus tadi.





Bubur Ayam


Bahan-Bahan:
Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara:
·      Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.
·      Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.
·      Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
·      Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.
·      Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)
·      Bubur sedia dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!














Bubur Berlauk Segera Special


Bahan-Bahan:
1 pot beras - cuci bersih
2 keping ayam ( bahagian dada)
200gm daging
½ sudu kecil biji lada hitam
Sedikit ikan bilis
Sedikit udang kering
Garam secukup rasa
Air secukupnya (anggaran 6 pot beras)
Hiasan

Lobal jeruk di potong dadu
Bawang goreng
Daun sup
Cara:
1. Kisar lada hitam,ikan bilis dan udang kering.
2. Potong dadu (kecil-kecil) ayam dan daging.
3. Masukkan beras,air, ayam dan daging serta bahan kisar ke dalam periuk nasi (rice cooker) dan garamkan.Tekan butang 'cook'.
3. Kacau sekali sekala sehingga nasi kembang dan air agak kering.
4. Biarkan bubur sentiasa panas di dalam rice cooker sehingga hendak dihidangkan ('keep warm').
Cadangan Hidangan:
Taburkan lobak jeruk, bawang goreng dan daun sup ke atas hidangan.
Tambahan:
Sekiranya air masih kurang kering, tetapi butang 'keep warm'telah menyala, tekan semula butang 'cook'. 


Bubur Aneka Cendawan

Bahan-Bahan:
225 gm beras
1750 ml air
1 ekor ikan kembung (direbus)
6-10 biji lada hitam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar minyak
3 sm halia (dimayang)
150 gm cendawan butang
100 gm cendawan hitam
100 gm cendawan tiram
2 camca besar minyak bijan
2 camca santan pekat
Garam secukup rasa
Cara:
·  Masak beras bersama air. Tumbuk isi ikan bersama lada hitam, bawang merah & bawang putih.
·  Panaskan minyak, tumis halia dan masukkan semua cendawan yang dipotong nipis.
·  Apabila masak, masukkan minyak bijan dan ketepikan. Apabila beras cukup kembang & air hampir kering, masukkan campuran isi ikan & santan. Kacau selalu hingga menggelegak.
·  Akhir sekali masukkan cendawan goreng & kacau rata. Sewaktu bubur dihidang, taburkan daun bawang, cili merah & bawang goreng. Hidang untuk 4-6 orang.


Bubur Caca


Bahan-Bahan:
1 ketul keledek
1 ketul keladi
2 biji pisang raja
1 cawan gula
1 mangkuk santan pekat dan 3 mangkuk santan cair, daripada sebiji kelapa
½ camca teh garam
3-4 helai daun pandan
Air untuk merebus


Cara:
·  Kupas keledek dan keladi lalu dipotong dadu kecil.
·  Pisang dipotong serong. Rebus keladi, apabila hampit empuk masukkan keledek.
·  Setelah kedua-duanya empuk masukkan santan cair bersama gula. garam dan daunpandan.
·  Apabila mendidih masukkan pisang dan santan pekat. Didihkan lagi dan angkat.














Bubur Jagung


Bahan-Bahan:
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji jagung (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara:
·  Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan.
·  Apabila sagu masak, masukkan pula gula pasir, jagung dan santan pekat ke dalamnya.
·  Biarkan ia mendidih selama 3 minit dan angkat, bolehlah dihidangkan.



Bubur Kacang


Bahan-Bahan:
kacang hijau [rendam 2 jam]
1 cawan gula putih
½ cawan gula merah
1 cawan susu pekat
3 sudu besar sagu
½ cawan bubur caca kering
Santan pekat
3 helai daun pandan [simpul]

Cara:
1. Kacang hijau direbus sampai kembang

2. Rendam caaca kering [kembang]

3. Biji sagu juga direndam[kembang]

4. Masukkan santan kacang dan bahan rendaman tadi dlm periuk didihkan

5. Masukkan gula susu pekat daun pandan masak pekat.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dihidang bersama roti untuk minum petang
 p/s kalau nk bubuh durian pun bleh msuk je smasa masak td...




Bubur Campur Labu Manis


Bahan-Bahan:
1.Labu manis-separuh
2.500gm tepung pulut
3.400gm gula
4.100gm sagu putih
1.Serbuk pewarna(hijau)-secubit
2.Daun pandan-empat helai
3.Santan cair
4.santan pekat
5.sedikit garam
6.air secukupnya
Cara:
1.Bersihkan labu manis kemudian potong dadu(ikut cita-rasa)kemudian masak bersama air dan daun pandan(biarkan mendidi),adun tepung pulut dengan sedikit sedikit air dan pewarna(seperti adunan donat)buatkan bentuk bulat sekecil ibu jari kemudian masukan ke dalam labu yang telah mendidi tadi sehingga habis.gaulkan sentiasa.
2.masukan butiran sagu,gaulkan sehingga masak.
3.masukan sedikit garam dan gula secukup rasa.masukan santan cair.perlahankan api,gaul dan akhir sekali masukan santan pekat.angkat.

Cadangan Hidangan:
boleh dihidang untuk pencuci mulut samada sejuk atau panas.




Bubur Gandum


Bahan-Bahan:
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji gandum (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan
Cara:
·  Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan.
·  Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat.
·  Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan.



Bubur Nasi Daging


Bahan-Bahan:
1 cawan beras
8 cawan air
50 gm daging cincang
Sedikit hirisan halia
Garam secukup rasa

Cara:
·  Basuh beras dan rebus sehingga ia kembang.
·  Masukkan daging cincang, halia dan garam. Masak sehingga ia kembang.
·  Taburkan pula daun sup dan bawang goreng.
·  Hidangkan bersama lauk ikan bilis goreng, kacang tanah, ikan masin, lobak masin dan cili potong.



Bubur Pulut Hitam


Bahan-Bahan:
500 gm pulut hitam
250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam untuk perasa.

Cara:
·  Rebus pulut hitam sampai lembut.
·  Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam.
·  Masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.




Bubur Sum Sum



Bahan-Bahan:
1 mangkuk tepung beras
1 biji kelapa(diperah sehingga santan
cair)
daun pandan
sedikit garam
Kuah:
Gula melaka }masak gula melaka bersama
Air }air sehingga cair.

Cara:
·  Tepung beras dicampurkan dengan santan. Kemudian kacau hingga sebati biarkan cair.
·  Bila sudah sebati @ rata(tidak berketul-ketul) tenggekkan di atas api yang sederhana.
·  Masukkan daun pandan n garam secukup rasa(lemak). Kacau selalu kemudian masak sehingga pekat. Bila sudah masak, sejukkan di dalam bekas hidangan.
·  Kemudian boleh makan bersama kuah yang disediakan.

Tambahan:
perah kelapa menggunakan air biasa(jangan guna air panas. Kepekatan kuah ikut kepada manis yang dikehendaki.




Bubur Biji Salak


Bahan-Bahan:

500 gm keledek (dibuang kulit dan direbus hingga empuk)
100 gm tepung sagu
Air untuk merebus Bahan-bahan kuah:
500 ml santan daripada ½ biji kelapa
100 gm gula merah
150 gm gula pasir
2 helai daun pandan

 Cara:

Lecek keledek hingga lumat. Masukkan tepung sagu dan uli rata. Bentukkan tepung seperti biji salak. Didihkan air dan rebus tepung seperti merebus buah melaka. Angkat dan sejat. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula merah dan gula pasir serta daun pandan hingga mendidih. Masukkan biji salak. Kacau dan angkat. Hidangkan.



Bubur Kacang Merah

Bahan-Bahan:
90 gm Kacang merah, rendam selama 1 jam
180 gm gula pasir
710 gm air
2 helai daun pandan atau kulit oren kering
1 sudu besar sagu
Secubit garam
Cara:
Basuh kacang merah dan toskan. Masukkan kacang merah, garam, daun padan dan air ke dalam periuk dan jerangkan. Apabila kacang merah telah lembut, masukkan gula dan didihkan sehingga gula cair. Ia boleh dihidangkan ketika panas ataupun sejuk.




Bubur Lambuk Makanan Laut

Bahan-Bahan:

 100 gm beras
1 ½ liter air
Sehelai daun pandan
2 batang serai
4 sm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sm kulit kayu manis

Bahan dipotong halus:
70 gm udang
70 gm isi ikan
70 gm sotong 400 gm susu cair
5 gm bawang goreng
2 gm buah pelaga
3 gm bunga lawang
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa.
Cara:
Panaskan minyak, masukkan daun pandan, serai, halia, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sehingga naik aromanya hingga wangi. Masukkan air dan beras dan masak hingga beras kembang. Masukkan udang, sotong dan ikan, kemudian masukkan garam secukup rasa dan susu cair. Masak hingga nasi mendidih. Hidangkan dan hias dengan bawang goreng dan daunnya.




Bubur Oat Durian

Bahan-Bahan:
10 cawan air
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
sedikit garam
gula ikut rasa
3 cawan oat masak
8-10 ulas isi durian
Cara:
Didihkan air kemudian masukkan oat bersama gula, garam dan isi durian gaul hingga rata kemudian masukkan santan pekat biarkan selama 10-15 minit sehinga santan sudah masak.Angkat dan boleh dihidangkan. 

Tambahan: Boleh juga gunakan santan segera
(anggaran 1 bungkus)




Bubur Oat Bercampur Pisang + Fruit Cocktail

Bahan-Bahan:
½ cawan oats
2 ½ cawan air
60 gm gula
½ cawan susu cair
2 biji pisang masak yang telah dilenyek
30 gm koktail buah-buahan
1 biji pisang masak (dihiris nipis)
Cara:
Masukkan oats dan air ke dalam kuali, kacau sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan sehingga oats masak serta lembut. Masukkan gula, susu, pisang lenyek dan koktail buah-buahan. Biarkan bahan-bahan ini sehingga mendidih. Setelah masak, masukkan bubur ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan pisang yang telah dihiris. Hidang ini untuk empat orang.



Bubur Sayur-Sayuran

Bahan-Bahan:

500 gm sayur-sayuran campur
1 tin susu cair
2 gelas beras siam
6 gelas air 6 camca sedang sos tiram
2 camca sedang sos tomato
Sedikit garam dan serbuk perasa


Cara:

300 gm sayur-sayuran campur dimasak bersama beras dan air hingga kembang. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, susu cair, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih dan beras betul-betul kembang dan angkat.



No comments:

Post a Comment