Tuesday 2 August 2011

BiHuN

Bihun Goreng Singapore


Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai

bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air
Cara:
·     Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
·     Masukan isi ayam dan kacau rata.
·     Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
·     Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
·     Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
·     Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
·     Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.
Cadangan Hidangan:
Hidang dan makan panas-panas






Bihun Goreng Tom Yam


Bahan-Bahan:
7 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 btg Serai
3 helai Daun Limau
(mesin kesemua sampai hancur)
Sedikit gula
Sedikit garam
Ayam @ Daging
Udang @ Sotong
1 pek Perasa Tom Yam
1 bungkus Bihun
Sayur Kobis atau Sawi
Cara:
·     Tumiskan minyak sampai panas, masukkan bahan yang telah dikisar dan pes Tom Yam.
·     Tumiskan sampai garing serta naik bau. Masukkan ayam @ daging.
·     Masukkan sayur dan bihun, gaul sampai rata.Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Selamat Mencuba....





Bihun Nam Pla


Bahan-Bahan:
1 paket bihun (direndam),
½ cawan isi ayam dipotong kecil,
udang -terpulang banyak mana,
Cendawan( tak kisah apa2 cendawan),
6 biji cili api (ditumbuk)
½-1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1-2 susu besar sos ikan,
1 sudu sos tiram,
sedikit air
sedikit garam,
sedikit kiub pati ayam (ikut citarasa)
Taugeh,
Kobis,
boleh letak rencah lain-daging, sotong,fishball dll.
Cara:
·     Panaskan minyak, masukkan cili api yang ditumbuk, isi ayam, udang,cendawan atau rencah lain dan sedikit air, kacau rata-rata.
·     Masukkan sos ikan, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam kacau hingga sebati baru masukkan bawang besar tadi.
·     Tambah lagi sedikit air supaya bihun kelihatan basah atau lembab.
·     Kemudian masukkan taugeh dan kobis, kacau lagi jika bihun kering tambah air.
Cadangan Hidangan:
Enak dihidangkan bersama cili jeruk. Manakala daun sup, daun bawang sebagai hiasan.


Bihun Goreng Hailam


Bahan-Bahan:
600 gm bihun
300 gm daging
300 gm sawi hijau
300 gm bunga kubis
300 gm udang
1 biji kubis
4 biji telur ayam
8 biji cili merah
3 sudu besar minyak
1 sudu besar serbuk lada
4 sudu besar air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara:
·         Rendam bihun selama 1 jam dan toskan.
·         Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm. Potong daging   sebesar 1.5 cm x 1 cm.
·          Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis. Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm.
·         Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air.
·         Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air.
·         Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata.
·         Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata. Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur.


Bihun Goreng Siam


Bahan-Bahan:
1 paket bihun
4 sudu besar cili boh
200grm udang kering (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
Sedikit sawi
4 Sudu besar kicap pekat
½ cawan air
3 biji telur
daun bawang
Garam secukup rasa
Cara:
·     Tumis udang kering dan bawang putih sehingga wangi.
·     Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga betul-betul masak.
·     masukkan bihun dan air, kemudian kacau. Biarkan kering sedikit masukkan kicap, sawi , garam secukup rasa. Masak lebih kurang 20 minit.
Cadangan Hidangan:
Untuk hiasan pukul telur untuk dibuat telur dadar selepas itu hiriskan beserta daun bawang.




Bihun Goreng Utara


Bahan-Bahan:
600 gm bihun kasar
600 gm tauge
300 gm kucai
300 gm tauhu
150 gm udang
150 gm daging
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
10 biji cili kering
6 biji cili merah
3 biji telur
2 biji limau nipis
4 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara:
·     Rendam bihun selama 1 jam untuk melembutkannya. Toskan.
·     Mesin atau tumbuk cili kering. Potong daun saderi, daun bawang dan kucai sepanjang 1.5 cm.
·      Hiris bawang merah dan goreng untuk dijadikan bawang goreng. Goreng tauhu dan kemudian potong 1 cm persegi.
·     Rebus telur dan potong bulat-bulat. Bersihkan tauge dan toskan. Potong daging sebesar 1.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali.
·     Tumis bawang putih dan cili mesin. Masukkan daging, udang, garam dan gula.
·     Masukkan bihun dan kacau hingga sebati. Masukkan tauge, kucai dan kacau selama 5 minit.
·     Apabila menghidang taburkan tauhu goreng, bawang goreng, cili merah, telur, daun saderi dan daun bawang. Perah limau nipis ke atas masakan.



Bihun Udang Kering


Bahan-Bahan:
2 labu bawang besar merah
2 ulas bawang putih
300gm udang kering
Suku cawan kicap manis
Garam sedikit
Bihun 1 paket
Udang hidup ½ kilo
Isi ayam 300gm
Cili kering 0.50

Cara:
·     Panaskan minyak 1 cawan kecil, tumiskan bawang sampai naik bau, masukkan cili blender(cili,udang kering, bawang putih,)
·     Sesudah garing masukkan udang hidup, isi ayam kacau sampai naik minyak dah masak semua bahan
·     Masukkan bihun yang telah di celur kacau dan balikkan lepas tu masukkan taugeh dan kucai.
Cadangan Hidangan:
Masukkan didalam piring bujur dan taburkan dengan cili merah (cili hidup)
dan bawang goreng



Bihun Goreng Lada Hitam

  1. rendam bihun hingga lembut. Tumis semua bahan tumbuk
  2. pecahkan telur dan biarkan ia membeku seketika sebelum dikacau hancur
  3. masukkan sawi dan sedikit air
  4. masukkan fish kek yg telah dihiris nipis. perasakan dengan garam. akhir sekali masukkan bihun dan gaul rata.


No comments:

Post a Comment