Wednesday 3 August 2011

Pasta

Spageti belognaise


Bahan-Bahan:
1 peket spageti (direbus bersama satu sudu kecil minyak)
1 tin sup tomato
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dipotong nipis)
3 biji tomato (dipotong kecil)
Gula dan garam secukup rasa
150 gm daging cincang
100 gm udang basah
10 tangkai cili padi (jika suka)
1 sudu teh serbuk lada putih
4 ulas bawang putih
Cara:
·     Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.
·     Masukkan lobak merah, daging, udang, sup tomato dan setengah cawan air.
·     Apabila mendidih, masukkan spageti, cendawan, gula dan garam.
·     Masak sehingga ia pekat dan bolehlah dihidangkan.




Macaroni Goreng


Bahan-Bahan:
1 packet macaroni.
direbus dgn minyak dan garam..
direbus setengah masak.
1 packet fish ball (dipotong 4)
1 packet udang dibuang kulit.
tomato sos 3 sudu besar
cili sos 1 sudu besar
cili bo 3 atau 4 sudu besar.
telur 2 biji dipukul dgn sedikit garam.
daun sup dan daun bawang dihiris halus(jika ada)
gula dan garam secukup rasa.
Bahan untuk dikisar.

1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji lada hitam
sedikit belacan
halia ibu jari.
Cara:
·     Tumis bahan kisar hingga wangi. kemudian baru masukkan cili boh tumis hingga separuh gareng dan masukkan udang gaul hingga 5 minit
·     kemudin masukkan fish ball gaul 5 minit kemudian masukkan garam dan gula.
·     last baru masukkan telur dan macaroni digaul rata. dihiaskan dengan daun sup dan daun bawang.






Broccoli & Macaroni Bakar

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar,potong dadu
  • 1 tin tomato dah siap potong
  • 1 sudu besar butter
  • 600ml susu segar
  • sedikit serbuk buah pala atau sedikit serbuk kayu manis
  • sepeket macaroni
  • 1 broccoli sederhana,dipotong menjadi pokok2 kecik
  • 1/2 cawan cheddar cheese,diparut
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1/4 cawan tepung gandum

Cara-cara


  1. Masak macaroni dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun selama lebih kurang 10minit.Setelah masak,toskan airnya
  2. Rebus broccoli selama 3-4minit sekadar lembut sedikit je.Toskan.
  3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang hingga wangi.Masukkan tomato potong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam
  4. Masak selama 10minit sambil dikacau hingga sos memekat.
  5. Dalam periuk lain,masukkan butter,tepung,serbuk buah pala dan susu.Didihkan dan kacau dengan pemukul telur smpai sekata dan pekat.Masukkan 3/4 daripada cheese yang diparut dan kacau sebati
  6. Gaulkan macaroni yang telah dimasak,broccoli,bersama sos cheese tadi dan masukkan separuh daripada campuran ni dalam oven dish
  7. Lapiskan sos tomato yang dimasak tadi diaatas campuran macaroni,menutupi keseluruhan bahagian atasnya
  8. Setelah itu,masukkan baki macaroni tadi diatas lapisan sos tomato.Akhir sekali,taburkan sekata baki parutan cheese
  9. Grill dalam oven selama 5-8minit hingga atasnya kekuningan. 




Cold Tuna Pasta

Bahan-bahan
  • Minyak Zaitun (sebanyak mana pakai)
  • Zaitun hitam hiris kecik (bulat)
  • 2 biji Capsicum hijau (hiris memanjang)
  • 3/4 dari pada 1 pek pasta (nak pakai 1 pek pun boleh)
  • 1 tin tuna dalam air
  • garam dan lada hitam tumbuk (secukup rasa)
  • 8 batang sosej ( di potong besar2 ibu jari , goreng)
  • 3 keping hash brown
  • serbuk oregano secukup rasa
  • 1 biji bawang holland ( bawang kuning besar) (hiris bulat)
  • 2 biji tomato (dadu)

Cara-cara


  1. Goreng sosej dan hash brown sampai masak . Hash brown kemudian didadu kecik2 .
  2. Potong lemon kepada 3 bahagian . Ambik bahagian bucu lemon , pastu perapkan tuna dalam tin , yang telah dibuang airnya , dengan sedikit lada hitam , jus lemon , dan secubit garam
  3. Tumis capsicum dalam 1-2 minit sampai die berkilat . Angkat dan ketepikan
  4. Tumis bawang sampai layu , tambahkan tuna , dan goreng sekejap. Tambahkan tomato pulak . goreng lagi sampai tomato tak begitu mentah .
  5. Masukkan pasta dan gaul sebati . Kemudian , baru tambahkan . Sosej dan Hash Brown . Kemudian selepas seketika tambahkan capsicum .
  6. Perasakan dengan garam , lada hitam secukup rasa . Tambahkan serbuk oregano
  7. Sebelum angkat tu , masukkan lah zaitun hitam (kalau suka , hari tu tak letak pun sebab tak dek) .. gaul jap pastu masukkan pasta dalam mangkuk salad besar
  8. (Bila pasta dah sejuk) Perahkan jus lemon , atas pasta , kemudian campur biar sebati , pakai thong ( ala pengetip besar tu ) . Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam ke .. ikut la selamat mencuba 


Fettuccine Goreng Prego

Bahan-Bahan
  • 30 urat fettuccine di rebus mengikut arahan pada bungkusan
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 2 ulas cili padi dihiris
  • 1 batang sosej potong serong dan goreng seketika untuk dapatkan sensasi smoke..hihi=)
  • beberapa hiris isi ayam
  • setengah tin sos spaghetti prego.. saya guna alfredo sos yang tin warna coklat ~ saya bancuh dengan sedikit air masak sebab sosnya sangat pekat
  • 1 sudu minyak zaitun untuk menumis. kalau tak ada boleh guna minyak biasa je..jangan minyak pelincir sudah..kikiki=)

Cara-cara


  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau...
  2. masukkan isi ayam dan goreng hingga masak...
  3. masukkan sosej dan cili padi
  4. masukkan sos prego dan biar mendidih sedikit....oleh kerana resepi ni untuk seorang makan saya masukkan terus fettuccine yang dah direbus tadi dalam kuah.
  5. kacau seketika dengan api kecil dan rasa garamnya.. kalau xcukup masin tambah sikit je garam sebab masa rebus fettuccine dah masukkan garam....
  6. p/s: kalau nak tambah sayur mcm mushroom, carrot dan sbgainya pun boleh. stok sayur saya dah abis so xde la sayur dalam resepi kali ni... Selamat Mencuba=)

 Lasagna Gulung

Bahan-baha

KULIT LASAGNA KENTANG :-
  • 100 g kentang - kupas, kukus lembut dan lecek
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb mentega cair/minyak
  • SOS MERAH :-
  • 1 botol sos spaghetti pilihan (dimasak dan sejukkan)
  • SOS PUTIH (CHEESE SAUCE) :-
  • 50 g mentega
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 125 g keju cheddar - parut
  • 1/4 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk pala
  • SOS DAGING :-
  • 500 g daging cincang
  • 1 biji bawang bombay - cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sk sebuk lada hitam
  • 2 sk oregano
  • 2 sk daun parsley 
  • BAHAN TABURAN :
  • 180 g keju cheddar - parut
  • 50 g keju mozarella - parut

Cara-cara


  1. Satukan bahan2 kulit lasagna dan kisar halus.Biarkn 1/2 jam.Buat seperti dadar.
  2. Untuk daging,panaskan minyak dan tumis bawang,masukkan daging cincang dan masak sampai daging berubah warna.Bubuh 4 sb sos merah dan bahan2 lain dan masukkan 2 sb tepung gandum sebagai pemekat.Sejukkan.
  3. Untuk sos puith..cairkan mentega dlm periuk dan masukkan tepung,kacau rata dan tuangkn susu sedikit2 dan masukkan keju parut dan kacau hingga pekat.Sejukkan.
  4. Cara Penyediaannye...loyang alum. disapu mentega keliling dan bubuh 2 sb sos merah dan ratakan.
  5. Ambil sekeping kulit yang didadar,sapu dgn sedikit sos merah,bubuh daging dan ratakan.Perlahan2 digulung dan susun kedalam loyang alum.Ulang lagi dan susun gulungan lasagna bersebelahan dgn bahagian hujung gulungan dibubuh dibahagian bawah.
  6. Sapukan permukaan gulungan lasagna dgn sos merah,tabur dgn 1/2 keju parut diatasnya.
  7. Tuang pula sos putih di atas (6) rata2 dan tabur lagi dengan lebihan keju parut dn juga keju mozarella.
  8. Bakar didalam oven selama 1/2 jam pd suhu 175C atau hingga permukaan lasagna garing.
  9. Siap untuk disajikan panas2



Pasta Carbonara

Bahan-bahan
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 buku mentega buttercup
  • 1 tin campbell mushroom soup classic
  • 1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
  • 3 atau 5 keping Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
  • Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus / dipotong dadu
  • Lada hitam kisar / flavoured black pepper brand ajinomoto
  • Spaghetti : Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara

  1. Ambil separuh mentega buttercup bersama sedikit minyak, letak dalam periuk dan panaskan.
  2. Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan breast / isi ayam yang sudah dicincang halus. Angkat daging ayam beserta dengan bawang putih yang dah masak tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Tambahkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi.
  4. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul.
  5. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup.
  6. Masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau.
  7. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.
  8. Last sekali, masukkan isi ayam & bawang putih yang dah masak tadi ke dalam soup. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.
  9. Untuk penyediaan pasta- Didihkan air di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu mentega buttercup. Lepas tu, masukkan Spaghetti Fettuccine / Spiral dan pastikan ia benar-benar lembut. Angkat dan tapis. Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti. 

 Pasta Goreng

Bahan-Bahan:
225 gm pasta
175 gm ayam (cincang)/ 1 tin Corned Beef (potong kuib)
2 biji telur (kacau)
50 gm mix vegetable
Sedikit bawang goreng ½ camca minyak masak
1 camca teh garam
2 biji bawang besar (bawang merah) / bombay onions (cincang kasar)
Sehiris halia (tumbuk)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji capsicum (kuib)
2 cawan besar serbuk cili (campurkan dengan sedikit air dan kacau sehigga jadi paste)
1 biji tomato (kiub)
 Cara:
1.   1. Rebus pasta bersama minyak dan garam hingga lembut dan sejat.
2. Panaskan periuk di atas api. Tuang minyak. Masukkan bawang putih.Kemudian halia dan bawang besar.
3. Masukkan ayam/corned beef dan masak.
4. Setelah ayam/corned beef setengah masak masukkan paste serbuk cili dan masak.
5. Setelah ayam/corned beef telah masak masukkan telur telah yang telah di kacau.
6. Kemudian masukkan capsicum dan mix veg dan kacau.
7. Kemudian masukkan pasta yang telah dimasak kedalam dan kacau sehingga semua campuran rata.

Cadangan Hidangan:
 Hidangkan di atas pinggan. Taburkan sedikit bawang goreng






Pasta Berkuah Cendawan


Bahan-Bahan:
250 gm pasta panjang warna hijau
25 gm mentega
225 gm cendawan (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang)
5 helai daun oregano
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar krim
½ tin krim ayam
Garam secukup rasa
Cara:
Rebus pasta hingga lembut bersama sesudu kecil minyak. Tos dan ketepikan. Panaskan periuk dan masukkan mentega. Setelah itu masukkan bawang putih, cendawan, oregano, garam, lada sulah dan krim. Tuang tumisan ini ke atas pasta dan taburkan lada hitam.


 Dry Garlic Pasta
 
Bahan-Bahan:

1 bungkus pasta fetuccini/ spaghetti
Beberapa ulas bwg putih, dihiris halus
Freshly chopped parsley

Daging cincang
Minyak/ mentega utk menggoreng



Cara: -

-Rebus pasta bersama sedikit minyak hingga kembang, kemudian toskan.
- Panaskan sedikit minyak/ mentega
- Tumiskan bwg putih yg telah dihiris hingga naik bau.
- Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
-Masukkan pasta dan gaul rata bahan2
-Akhir sekali masukkan daun parsli.

Cadangan Hidangan: Sesuaikan bahan mengikut bilangan.  
Tambahan: Daging cincang bole ditukar dgn daging burger ayam yg dicincang atau daging ayam segar yg dipotong kecil-kecil. Utk lebih rasa boleh ditambah sedikit Stok Ayam Maggi.



Pasta Krim Ayam


Bahan-bahan

125 gm pasta
3 ulas bawang merah
1 tin krim ayam
Setangkai daun ketiumbar (dipotong halus)
2 batang saleri (dipotong nipis) 2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada putih
50 gm susu segar
Garam secukup rasa

Cara:
Pasta direbus hingga lembut dan bersihkan. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga wangi. Krim ayam digaul bersama susu segar dan campurkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Setelah mendidih, masukkan saleri dan tuang kuah ke atas pasta.



 Pasta Sayur Campur

Bahan-Bahan:

125 gm pasta bentuk reben
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 ulas bawang merah (dicincang)
100 gm brokoli (dipotong kecil)
1 tin kecil jagung (ditapis dan ambil jagungnya)
1 sudu besar minyak masak
15 gm mentega 1 biji telur
4 sudu besar double cream
1 sudu besar lada hitam
1 kiub stok ayam
2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara:

Rebus pasta hingga lembut dan tos airnya. Ketepikan sebentar. Sementara itu panaskan periuk dan tumis bawang merah dan putih. Masukkan kiub ayam, air, double cream dan biar hingga mendidih. Pukul telur dan masukkan ke dalam periuk kuah. Setelah itu masukkan pula lada hitam dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan brokoli dan jagung. Tuang kuah ke atas pasta dan bolehlah dihidangkan.




Salad Pasta Berempah

Bahan-Bahan:

 250 gm pasta
500 gm daging (dicincang)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar rempah kari
2 biji cili merah
1 sudu kecil lada hitam
150 gm saleri (dipotong serong)
Sedikit daun ketumbar (dicincang halus)

2 sudu besar kicap cair
½ cawan jus limau
2 sudu besar sos tomato
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga wangi. Masukkan rempah kari, sos tomato, jus limau, kicap cair dan kacau rata. Masukkan pula daging cincang dan kacau hingga sebati. Sesudah itu masukkan garam serta serbuk perasa dan kacau lagi.







No comments:

Post a Comment