Monday 8 August 2011

Nasi GoreNg

Nasi Goreng Hailam

Bahan-bahan
600 gm daging
300 gm udang
300 gm sawi
300 gm tauge
150 gm kacang panjang
150 gm kucai
10 biji cili kering
10 biji lada putih
5 biji cili hidup
3 biji buah keras
2 biji telur (didadar)
¼ biji kubis 2 batang lobak
12 cawan nasi
1 ½ cawan minyak
½ cawan sos tomato
15 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar udang kering
3 keping tauhu
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2.5 cm halia
Garam secukup rasa
 Cara:
Potong daging 2 cm x 2 cm dan rebus sehingga empuk. Toskan daging dan simpan airnya. Tumbuk atau mesin cili kering, cili hidup, lada putih, buah keras, halia, 5 labu bawang merah dan bawang putih. Potong sawi, kacang panjang, kubis dan lobak sepanjang 2.5 cm. Mayang 10 labu bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan potong 8. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang kering, udang dan daging rebus. Apabila kuning angkat. Masukkan ramuan yang dimesin dan campur dengan air rebusan daging. Biarkan hingga masak. Masukkan sos tomato dan garam. Masukkan sayur-sayuran satu persatu dan kacau. Masukkan nasi dan kacau hingga mesra. Angkat dan hidang di dalam pinggan. Taburkan telur dadar, bawang goreng, tauhu, daun saderi dan daun bawang.




Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.




Nasi Goreng Cendawan

Bahan-bahan
2 pinggan nasi putih
2 biji telur
2 ketul ayam dipotong sederhana
5 ulas bawang merah ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ]
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (ikut suka)
5-7 cili api-dipotong tengah/bulat
Baby corn dipotong bulat 
8 keping cendawan (dibelah 2/3 setiap keping mengikut sesesuaian)
½ tin cendawan bulat (sekiranya mahu)
2 batang sawi (sekiranya mahu)
½ biji timun dipotong-untuk hiasan
Sedikit kacang peas-untuk hiasan
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa dan sedikit gula  

Cara:  
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan cili api.
Setelah garing, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacau dan jangan terlalu lama.
Setelah itu masukkan ayam, kacau, sos tiram, kicap, garam, gula dan ajinomoto(jika mau).
Gorengkan lagi dan masukkan pula cendawan, baby corn dan sawi yang telah dipotong. Akhir sekali barulah masukkan nasi dan gorengkan rata-rata.
Apabila sudah masak, letak dalam pinggan, letak lada putih dan taburkan dengan kacang peas dan timun.




Nasi Goreng Kerabu

Bahan-bahan
450 gm nasi yang sudah dimasak
2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji bawang merah (dihiris)
7 biji cili padi (ditumbuk halus)
1 tangkai kacang botol
2 tangkai kacang panjang (dihiris)
1 kuntun bunga kantan 1 mangkuk kecil taugeh
80 gm isi udang (dipotong kecil)
Secubit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perisa secukup rasa
1 sudu teh sos ikan (jika ada)

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan cili api dan kunyit. Kacau seketika. Masukkan isi udang dan bawang merah, dan kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan sayur-sayuran, nasi, sos ikan dan garam.Kacau sehingga ia masak.




Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan
200 gm nasi yang sudah dimasak
1 biji bawang putih (dimesin)
2 biji bawang merah
6 biji cili padi (dimesin halus)
2 biji cili merah
10 ekor ikan bilis
80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil)
2 biji telur ayam
3 tangkai kacang panjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
 

Cara:

Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing.

Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili, kacau sehingga telur masak.

Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah.





Nasi Goreng Ikan Masin


Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
sayur kailan
garam
bahan perisa (optional)
sepotong ikan tenggiri masin
minyak masak Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili api (ikut suka)


Cara:

1.Goreng ikan tenggiri masin yang telah dipotong kecil ke dalam minyak masak yang telah panas.
2.masukkkan bahan tumbuk dan kacau bersama ikan masin tadi.
3.Masukkan garam secukup rasa (sikit je pasal dah ada ikan masin)dan bahan perisa (optional)
4.Masukkan sayur kailan bersama nasi putih.
5.Gaulkan sehingga masak dan angkat untuk dihidangkan di atas pinggan. 

 



Nasi Goreng Paprik


Bahan-bahan

BAHAN-BAHAN NASI GORENG PAPRIK:

•Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang )
•1 biji telur
•1/4 labu bwg besar – dimayang sedikit
•1/2 Sudu Serbuk pati ayam
•1 Sudu Kicap pekat
•2 Sudu minyak ikan
•1/4 Garam
•1/4 Sudu lada sulah
•2 Sudu minyak utk menumis
•50gram Cili Kering (dikisar)

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG PAPRIK :
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering , masukkan telur, goreng dan hancurkan , masukkan nasi, tambah kicap, minyak ikan, serbuk perasa (tanpa MSG) dan garam .

BAHAN -BAHAN LAUK NASI GORENG PAPRIK:
•Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
•Sotong /udang (Jika ada)
•2 ulas bwg putih – dicincang
•1 ulas bwg merah – dicincang
•2-3 biji cili api – dipotong
•1/4 labu bwg besar – dipotong
•3 Batang Kacang panjang – dipotong
•50gram Cendawan – dipotong
•1 lobak merah – dipotong
•50gram brokoli / bunga kobis
•1 biji cili masak – dipotong
•2 helai daun limau purut
•1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
•2-3 sudu besar cili giling
•2-3 sudu besar kicap
•2 sudu besar sos tiram
•2 sudu besar sos cili/tomato
•Garam dan gula serta minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN  LAUK NASI GORENG PAPRIK :
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.
2.Masukkan ayam/ sotong/udang – goreng sampai masak
3.Masukkan sos/kicap/cili giling dan sayuran seperti kacang, brokoli/bunga kobis, carrot.
4.Masukkan daun limau purut
5.Tambah sedikit air jika ingin berkuah
6.Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain
7.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8.Hidang bersama nasi goreng paprik anda.
Resepi nasi goreng paprik ini juga boleh disediakan bersama sup dan kuah sup.  Selamat mencuba resepi nasi goreng paprik.




Nasi Goreng Ayam

Bahan-bahan
  • 2 pinggan nasi putih
  • segenggam isi ayam (sedap kalau ayam digoreng dulu dengan kunyit& garam dan diasingkan,
  • 2 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas lagi boleh letak lebih)
  • 1 biji bawang besar dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1 atau 2 biji telur (digoreng canai dan diasingkan, kalau malas tak payah pun tak pe masukkan jer telur nanti)
  • Segenggam sayur bayam atau sayur sawi
  • 2-3 sudu besar kicap manis (boleh tambah kalau nak manis sikit)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan timun (untuk hiasan)
  • Hirisan tomato (untuk hiasan)
  • Daun sup (untuk hiasan)
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Goreng bawang puting dengan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kering dan goreng garing.
  3. Masukkan kicap, ayam dan garam sedikit. Kemudian, masukkan nasi dan gaul hingga sambal dan nasi rata.
  4. Masukkan sayur dan telur dan gaul rata lagi. Rasa nasi goreng, kalau tak cukup garam atau kicap.. tambah secukup rasa.
  5. Tabur daup sup dan hidangkan dengan hirisan timun dan tomato.




Nasi Goreng U.S.A

Bahan-bahan


Bahan Nasi Goreng

2-3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu cili boh/ giling
1 sudu stok pekat ayam/kiub
80 g sayuran campur

450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 sudu serbuk lada sulah
garam secukup rasa


Bahan Lauk

300 gram daging batang pinang

1 CamB serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar – lebihkan jika ingin lebih pedas

1/2 biji lada benggala hijau

1 biji lada merah

3 CamB kicap manis

2 Camb sos tiram

1 cawan air

1/2 CamB  tepung jagung yg dibancuh dgn 1 CamB air

Garam dan gula secukup rasa

minyak utk menggoreng


Untuk nasi goreng:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
2. Bila sudah naik wangi, masukkan cili boh/giling dan kacau 1 min.
3. Masukkan stok ayam dan sayuran campur.
4. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata.
5. Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat.
6. Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan.


untuk lauk

1. Potong daging nipis-nipis

2.Potong panjang  lada benggala dan lada merah

3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api


Bahan Hiasan:

Panaskan sedikit minyak, goreng telur “mata kerbau” dan letak di atas nasi goreng.
Hias dengan hirisan daun (pilihan ikut suka).






 Nasi Goreng Thai special

Bahan-bahan 
¾ mangkuk nasi sejuk (lebih bagus kalau ia nasi untuk nasi ayam)
2 biji telur
2 sudu teh tomyam paste kesukaan anda (lebihkan jika mahu lebih perisa)
1 sudu besar sayur campuran atau lobak yang dihiris halus memanjang
2 sudu teh cili boh (lebihkan jika mahu pedas)
2 atau 3 batang cili padi dihiris halus
1 keping daun limau purut dihiris halus (lebih halus lebih bagus)
3 sudu teh kicap manis
1 sudu teh serai yang dihiris halus
1 sudu teh lengkuas yang dicincang halus
3 atau 4 ekor udang besar sedeharna (seperti udang harimau) yang telah dicelur
Hirisan isi ayam yang telah direbus atau digoreng secukupnya
Kepingan limau nipis, bawang goreng dan hirisan daun sup untuk dihias
Minyak untuk ditumis


Cara:

Pijarkan sesudu makan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
Pecahkan telur dan gorenglah ia seperti scrambled egg hingga masak.
Taruh sayur campur, nasi, udang, daun limau purut, lengkuas dan serai. Kacau hingga rata secukupnya.
Masukkan cili boh, tomyam paste, cili padi dan kicap manis. Gorenglah hingga sebati dan sampai naik bau harumnya.
Hidangkan






Nasi Goreng Daging


Bahan-bahan
Daging lembu (dipotong kecil anggaran segenggam)
3 ulas bawang putih
1 biji telur
100g udang kecil (shrimps)
1 mangkuk kecil mix vegetables (jagung, kacang peas dan lobak merah)
2 sudu besar kicap soya cair
1 sudu besar kicap pekat
Garam dan lada putih secukup rasa
1 pinggan nasi putih

Cara:

Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih, daging, udang kecil dan goreng hingga kekuningan. Masukkan sebiji telur dan tumiskan bersama campuran tadi. Goreng sehingga telur itu separuh masak dan masukkan nasi. Gaulkan semuanya hingga sebati. Masukkan kicap soya cair, kicap pekat, mix vegetables dan terus gaulkan hingga semuanya rata dan "kering". Akhir sekali masukkan garam dan lada putih secukup rasa.





Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan
2 mangkuk Nasi

5 ulas bawang putih ditumbuk

3 batang serai

6 helai daun limau purut

4 ekor sotong sederhana besar

6 ekor udang

2 sudu cili boh

1 peket rempat tomyan adabi

2 sudu sos tiram

kicap

sebatang lobak merah

garam dan ajinamoto secukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan kuali masukan minyak. Masukkan bawang putih tumis sehingga kekuningan

2. Masukkan cili boh, rempah tomyam dan sos tiram tumis sebentar.

3. Masukkan pula serai yang dihiris dan daun limau purut yang dicarit. Setelah itu masukkan sotong dan udang. tunggu sampai air sotong dan udang kering.

4. Apabila sudah kering masukkan carot, garam dan ajinamoto secukup rasa.

5.Akhirnya masukkan nasi dan kicap.





Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan
sedikit kobis- dihiris halus
1/2 cawan mix vegetable
sedikit dada ayam - dihiris kasar
seulas bawang putih - dihiris
4 batang kacang buncis ( dihiris halus)
1 1/2 cawan nasi
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 ulas bawang merah - cincang ( ros guna bawang besar cincang)
3 biji telur (sebiji di masukkan dalam nasi dan  2biji  lagi untuk disalut pada nasi goreng nanti)
garam
sedikit lada sulah
minyak masak

( 2 biji telur yang akan di salut pada nasi goreng tu ros campurkan dengan 1 sudu besar susu bagi menambahkan lagi rasa pada telur dadar tu nanti)


Cara-cara

1. Mula-mula panaskan minyak, dan tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih, bila naik bau dan agak garing masukkan isi ayam.

2. Kemudian masukkan mix vegetable, kobis dan sos cili, kacau sebati, ketepikan sedikit semua bahan tumis, dan pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

3. Masukkan nasi, lada sulah dan garam. gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang buncis dan biarkan seketika, angkat dan ketepikan.

5. Pukul telur dengan 1 sudu besar susu dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.

6. Layangkan fry pan supaya telur masak sekata dan bagi mendapatkan permukaan telur dadar yang lebar..

7. Masukkan 1 setengah senduk nasi gorent tadi,  di tengah-tengah telur dan lipat kemas.  tutup api.

8. Terbalikkan nasi goreng yang siap dibalut tadi di atas  pinggan dan letak sos cili atasnya. Paipkan sos cili mengikut kreativiti masing-masing, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.





 Nasi Goreng Seafood

Bahan-bahan
  • 10 keping kapis / scallop ( potong dua...jika suka sekeping2 pun ok gak)
  • 20 ekor udang (buang kulit & tinggalkan ekornya)
  • 1 ekor sotong yang sederhana besar ( belah dua dan potong ikut suka besarnya)
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 cm halia (cincang halus)
  • 6 biji cili padi di tumbuk sederhana halus ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam, lada sulah, sedikit gula jika suka
  • 1 sudu makan perencah nasi goreng cina
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji telur, daun bawang & daun sup yang dihiris

Cara-cara

  1. cuci semua seafood dan masukkan dalam mangkok. Campurkan serbuk lada sulah, 1/4 sudu teh gula, sos tiram. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
  3. Masukkan seafood yang diperap tadi. pastikan apinya besar (untuk seal seafood & dalamnya tidak terlalu kering)
  4. masukkan nasi, garam, serbuk nasi goreng cina dan gaul rata. Rasa ramuannya. Bila sudah puas hati, ketepikan nasi keliling kuali supaya tengah kuali kosong. Pecahkan telur dan kacau2 sedikit. Gaulkan telur dan nasi. Goreng hingga semuanya rata dan tidak terlalu lembab. Akhirnya masukkan daun bawang dan daun sup. Gaul dan tutup api. Bolehlah dihidangkan..




Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 1 cawan ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
  • 3 ulas bawang merah-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2 ikat kailan-potong
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Caracara:

  • Panaskan minyak,tumis bawang yg telah ditumbuk hingga garing.Masukkan sambal belacan,kacau sebentar hingga agak garing.
  • Masukkan nasi ,garam dan sedikit gula .Kemudian masukkan kailan. Goreng nasi hingga semua bahan sebati dan nasi agak garing.
  • Masukkan ikan bilis goreng.Rasa dan jika ok bolehla tutup api..Hidangkan panas2..





Nasi Goreng Petai

Bahan-bahan
  • nasi(ikut suka la bnyk mana)
  • bwng merah
  • bwng putih
  • cili padi(lg bnyk lg pedas)
  • sedikit sayur kangkung (ikut suka)
  • petai(dihiris kecik2)
  • ikan bilis secukup rasa(nk letak udang basah pun sedap)
  • garam/ ajinomoto
  • kunyit sket(serbuk kunyit pun ok gak)
  • belacan sket jer(kalu alegic,guna kiub ikan bilis sblah jer)

Cara-cara

  1. goreng ikan bilis(ikan bilis halus lg sedap) and then ketepikan kjap.
  2. tumbuk bwng merah,putih,cili padi,kunyit dan belacan
  3. bhn2 tuh blender bleh gak,tp jgn hancur sgt dn air blend biar sket jer
  4. dah tumis...masukkn petai..kacau2 pastuh letak nasi.
  5. rasa la sket dulu...kalu x masin...letak la garam dn aji.sbb kadang2 ikan blis dn belacan da masinkn.
  6. pastuh last skali masukkn la ikan bilis yg da goreng td. da siap...hidang la ngn timun dan tomato hiris. 




Nasi Goreng Udang Kering

Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili api
  • 1 sudu besar udang kering
  • 2 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit batang brokoli (potong dadu)
  • 1 cawan nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan udang kering.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sampai garing.
  3. Masukkan lobak merah, kacau sebentar biar masak. Kemudian, masukkan batang brokoli.
  4. Masukkan pula sos tiram, kacau rata.
  5. Kemudian, masukkan nasi putih, gaul sebati. Kacau sampai nasi agak garing dan bergaul rata.
  6. Keluarkan nasi, masukkan ke dalam pinggan.
  7. Dalam kuali yang sama, pecahkan telur dan hancurkan. Biar telur masak sebentar. Kemudian, keluarkan dan hidang dengan nasi tadi.



Nasi Goreng Nenas

Bahan-bahan

  • 3 Cawan nasi putih
  • 1 Labu bawang besar
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Cili padi (kalau suka pedas, boleh tambah)
  • Udang
  • Sotong
  • Sayur campur
  • 2 Slices nanas dalam tin (dipotong nipis)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing
  3. Masukkan cili padi
  4. Kemudian masukkan udang & sotong
  5. Masukkan sayur campur & nanas
  6. Masukkan Nasi. Perasakan dengan garam secukup rasa
  7. Kacau hingga masak. Hidangkan panas panas




Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan-bahan
  • 3 mangkuk nasi
  • 3 s.b udang kering
  • 4 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 s.b cili kering mesin
  • lobak merah ..potong dadu
  • 4 biji kacang buncis
  • 1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
  • 3 s.b sos tomato
  • 3 s.b kicap manis
  • isi ayam,udang @ sotong..ikut suka
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Tumbuk/kisar udang kering,bawang putih dan cili padi.
  2. tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
  3. setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
  4. kemudian masukkan telur,kacau rata dan masukkan nasi.letak kan garam,sos tomato & kicap.
  5. setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.
  6. siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..



Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan
2 tin sardin (besar)
2 kiub ikan bilis knorr
1 sudu besar lada hitam (ikut sesedap pedas)
2 biji bawang besar (dimayang halus2)
2 biji bawang putih (dimayang halus2)
1 biji batang lobak merah (dipotong nipis memanjang dlm 5cm)
nasi putih (makan dlm 4-6 org)
garam (secukup rasa)
minyak masak

Cara:
mula2, ikan sardin diasingkan dari sosnya (sosnya disimpan). kemudian ambil ikan sardin tadi digoreng hingga kelihatan garing dan angkat. selepas itu ikan sardin yang digoreng tadi dicarik2 menggunakan garpu hingga sedikit hancur. bawang putih & bawang besar tadi di tumis hingga wangi. lepas tu masukkan pula kiub ikan bilis gaul hingga rata. masukkan sos ikan sardin, lobak merah dan sedikit garam dan gaul hingga sebati. akhir sekali masukkan ikan sardin yang telah dicarik2 serta nasi putih gaul hingga masak lebih kurang 10 minit dan angkat



Sunday 7 August 2011

Nasi


NASI JAGUNG

Bahan-Bahan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisae)
  • 4 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 tin susu sejat
  • 2 cawan air
  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 tin jagung
  • Saffron
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Serbuk pati ayam 
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan
  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. Campurkan air dan susu sejat
  • Dengan menggunakan periuk leper, cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumiskan sehingga bau harum
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam
  • Campurkan bahan-bahan yang telah ditumis kedalam periuk nasi, selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang




Nasi ToMato

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng





Nasi Kerabu

Bahan-bahan

  • 3-4 pot beras
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 ekor ikan kembong (rebus)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/3 keping gula melaka
  • sedikit lada hitam
  • 1 inci halia
  • daun kesom
  • kacang panjang
  • kubis
  • taugeh
  • cili padi
  • 1 biji limau nipis
  • cuka
  • budu

Cara-cara

  1. Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).
  2. Untuk sambal kelapa : Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka. Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. Ketepikan
  3. Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.
  4. Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.
  5. Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka.
  6. Akhir sekalisa, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok. SELAMAT MENCUBA




Nasi Bukhari

Bahan-bahan

tin susu beras
4 tin susu air
1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Cara:

Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.




 Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan

NASI
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  •  1/2 tin santan
  • garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • bawang dan halia (hiris halus2)
  • air
GULAI IKAN TONGKOL
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan

ACAR
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula
Cara-cara
  1. NASI:
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
  1. GULAI IKAN TONGKOL:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  1. ACAR:
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika. 






Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan
1 kg beras
1 liter air
1 tin susu cair
2 biji limau nipis
20 gm minyak sapi
20 gm buah gajus & kismis
½ sudu teh pewarna hijau,merah&kuning

Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
10sen kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.

 Cara:

Tumiskan bahan A dgn minyak sapi.Apabila
naik baunya,masukkan air,susu cair & limau nipis.Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras, buah gajus & kismis.Masak hingga kering & masukkan pewarna.






Nasi Ayam Hainan

Bahan-bahan

Bhn A
1 ekor ayam dibelah 12
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit gula dan garam

Perap 30 minutes semua bhn diatas

Bhn B (Kicap Bijan)


500 ml stok ayam
3 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap cair maggi
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak bijan

Didihkan bhn B hingga sebati

Bhn C

100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa

Blender kesemua bahan diatas

Bhn D

1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang

Renihkan bhn diatas untuk dijadikan sup

Bhn E

3 pot beras
3 cm halia
6 biji bawang putih
1 helai daun pandan
Air Stock ayam mengikut citarasa lembut nasi
Blender hingga halus untuk menumis nasi
Cara:
1.   Tumis Bhn E hingga naik wangi. Selepas tu masukan air stock ayam, Masukan garam dan daun pandan serta beras. Masak seperti biasa.
2. Ayam digoreng seperti biasa.

Cadangan Hidangan:
1.  Hiris timun dan letak didalam pinggan.
2. Cincang ayam dan letak diatas timun tadi.
3. Tuangkan Bhn B diatas ayam
4. Taburkan sedikit daun sop/ketumbar dan daun bawang. Sedia dihidangkan.

Tambahan: Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan pasti bertambah sedap jika ayamnya lembut.
  




Nasi Beriani

Bahan-bahan
1 ½ kg beras beriani
1 kg daging
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
3 biji limau nipis / 1 cawan tairu
20 sn lada hijau
20 sen daun ketumbar
1 tin kecil tomato puri
1 tin susu cair
½ kg bawang kecil (digoreng)
1 tin (sederhana) minyak sapi QBB
1 cawan minyak makan
Air mawar Garam Masala:
2 camca besar jintan putih
2 camca besar jintan manis
1 camca kecil lada hitam
3 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Semua bahan digoreng & kemudian digiling halus
Cara:
 Bawang besar & halia ditumbuk. Dagning dibersih & dipotong 8. Lada hijau dibelah 2. Campurkan semua bahan di atas & Garam Masala & perap sekejap. Panaskan minyak biasa & minyak sapi. Masukkan daging yang diperap tadi. Masak menggunakan api perlahan sampai daging empuk. Masukkan tomato puri, bawang goreng, tairu, daun ketumbar, cili muda, 1/2 tin susu & garam secukup rasa. Beras dicelur, bila setengah masak angkat & toskan. Bila semua sudah siap lapiskan beras dengan daging berselang-seli sampai habis. Renjis dengan air mawar & baki susu tadi. Masaklah menggunakan api sederhana sampai nasi masak.





 Nasi Arab

Bahan-bahan

½ ekor ayam (dipotong kecil-kecil)/ daging
1 paket rempah briyani maggi
1 labu bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
kulit kayu manis
minyak sapi utk menumis
Bahan-bahan :
1 kg beras basmathi
½ cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
garam sucukup rasa
Daun ketumbar
kismis

Cara:

1.Perap ayam dengan rempah briyani maggi sekurang-kurang 1-2 jam
2.blend bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Panaskan minyak sapi di dalm kuali. Tumis bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis. kemudian masukkan bahan yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau/wangi.
4. Masukkan ayam yg telah diperap.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam kelihatan sudah masak.
6. Sementara menunggu ayam masak, basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan sos tomato, dan susu cair. Kacau rata.
7. Masukkan ayam yg telah dimasak. Gaul rata. Masak sehingga nasi masak.

Cadangan Hidangan: Bawang goreng,daun bawang,dan lada besar-merah.
Tabur di atas nasi.

Tambahan: Sedap dimakan bersama paceri nenas, sambal lada dan acar timun mentah.






Nasi Daging

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras
  • 1/2 daging direbus untuk diambil air rebusan nya
  • daun pandan
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa

 menumis:

  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bawang merah (ditumbuk/hiris)
  • bawang putih (ditumbuk/hiris)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan semua bahan untuk ditumis
  3. Setelah semua bahan yang ditumis menjadi kekuningan,masukkan air rebusan daging
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Setelah air mendidih,masukkan beras.
  6. Tunggu sehingga masak







Nasi Air

Bahan-bahan
1pot beras

Bahan A:
3ketul ayam
4ulas bawang merah (ditumbuk)
2ulas bawang putih (ditumbuk)
½ inc halia (ditumbuk)
dua gelas air
garam, perisa* secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis 
Bahan B:
50grm bawang goreng
100gram ikan bilis goreng (bilis halus)
5biji cili api (dipotong-2)
4btg daun sup (dipotong-2)
5potong lobak masin (dipotong-2)
Cara: 
1) masak nasi hingga menjadi bubur;
2) tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga wangi, masukkan ayam, gaul-2kan, masukkan air dan garam, masak hingga mengeledak,keluarkan ayam dan potong kecil-2;
3) sendukkan nasi yg lembik tu kedalam mangkuk, ayam yg dipotong tadi,bahan-2 B dan kuah sup tadi.

Tambahan: *perisa-jika perlu sahaja.





Nasi Dal

Bahan-bahan
1 kati beras siam
1 liter air sejuk
1 kati dal (dibuang kulitnya)
1 gm minyak sapi
2 labu bawang besar
1 inci halia
5 kuntum bunga cengkih 1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tin susu cair
2 sudu besar garam
Daun pandan

Cara:

Bawang & halia dimayang halus & tumis dalam minyak sapi. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, air sejuk, garam & susu. Biarkan ia mendidih baru masukkan beras(yang sudah dicuci & ditos) & kacang dal. Biarkan nasi masak.





Nasi Minyak


Bahan-bahan
  • 4 cwn beras basmathi
  • 6 cwn air(ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bwg besar (hiris)
  • 2" halia (hiris)
  • 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cwn susu cair
  • sedikit minyak sapi utk menumis
  • sedikit garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara
  1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan 



Nasi Lobak Merah


Bahan-bahan

Bahan Untuk direndam:
1 kilo beras
600 gm buah tomato
10 sudu besar minyak sapi
Sedikit buah pelaga, kulit kayu manis
1 ekor ayam
600 gm lobak merah (diparut)
300 gm bawang besar (dihiris halus)
Bahan Rempah Penerap Ayam:
20 biji cili hijau
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh jintan putih
10 ulas bawang putih
Cara:
Lobak diparut kasar, tomato juga diparut. Bawang besar dihiris, cili dibelah dua. Lobak yang diparut tadi dicampurkan dengan beras yang direndam tadi. Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang lepas itu masukkan ayam. Masukkan sedikit garam, tomato selepas itu barulah dimasukkan beras yang bercampur lobak. Masukkan air sebanyak sukatan (lebih kurang 4 cawan). Tunggu hingga masak dan gaul rata.
Cadangan Hidangan: Nasi tadi bolehlah dihias mengikut selera masing-masing.



Nasi Kismis Bergajus

Bahan-bahan
4 cawan beras
100 gm kismis
100 gm buah gajus
½ cawan minyak sapi
4 ¾ cawan air
4 sudu susu cair
2 sudu besar gula batu(dihancurkan)
3 sudu kecil garam 2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia muda
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara:
Cuci beras & toskan hingga kering. Masukkan minyak sapi & panaskan dlm periuk. Tumiskan semua bahan B hingga naik bau & garing. Tunggu hingga air mendidih & masukkan gula batu, garam, kismis & gajus. Kemudian masukkan pula beras yg ditos tadi & gaul rata. Tuangkan pula susu cair & masaklah seperti biasa.



Nasi Ulam

Bahan-bahan
600 gm nasi yang telah disejukkan
20 gm udang kering
20 gm ikan kering
40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
3 helai daun kaduk 
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 sudu besar kerisik (ditumbuk halus)
½ sudu teh serbuk lada
1 batang serai (diracik halus-halus)
Cara:
Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering. Mayang bawang merah halus-halus. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.
Tambahan: 
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.




Nasi Kuning

Bahan-bahan
200 gm mentega
1 biji bawang besar, didadu halus
1 batang serai, dititik
1 camca teh halba, ditumbuk halus
2.5 cm halia, dititik
1 camca besar kunyit serbuk
3 cawan beras basmathi
3 helai daun salam
2 helai daun pandan, disimpul
½ biji kelapa parut, diambil santan secukupnya
1 ½ camca teh garam
Cara: 
Panaskan mentega, tumis bawang besar, serai, halba, halia serta kunyit serbuk sampai berbau wangi. Masukkan beras, daun salam, daun pandan, santan dan garam. Tanak nasi sampai cukup masak dan kering seperti biasa.




Nasi Lemak

Bahan-bahan

Bahan Untuk nasi lemak:
2 cawan Beras
2 ulas bawang merah kecil(dimayang)
garam secukup rasa
1 inci halia
sedikit halba
Sebatang serai(dititk)
2 helai daun pandan
santan pekat
air masak
bahan untuk sambal tumis ikan bilis
Bahan A:

1 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
cili kering

Bahan B:
ikan bilis (goreng)
sedikit ikan bilis tumbuk
bawang besar (mayang)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit air

Cara:
Untuk membuat nasi lemak. Cuci bersih beras dan seeloknya direndam selama 1 jam sebelum dimasak untuk menjamin keempukan nasi. Kemudian campurkan semua bahan uuntuk mambuat nasi lemak dan tanak nasi seperti biasa.

Untuk membuat samabl tumis ikan bilis. Tumis semua bahan A kedalam minyak masak. Setelah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa. Kemudian masukkan sedikit ikan bilis goreng yang telah ditumbuk dan juga bawang besar yang sudah dimayang berserta garam dan gula secukup rasa.Apabila bahan semua sudah mmasak, akhir sekali masukkan ikan bilis goreng.
Cadangan Hidangan:
boleh dimakan bersama kacang goreng, timun, telur rebus, ayam goreng atau apa sahaja lauk yang anda gemari
Tambahan:
ikan bilis dalam sambal tumis anda akan lebih rangup apabila ia dimasukkan setelah api ditutup dan semua bahan sudah masak. Ini untuk mengelak buih (bubble)sambal dari menghilangkan kerangupan ikan bilis.




Nasi Ambang

Bahan-bahan
Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng (sayur campur orang jawa)
Serunding kelapa
Mee/ Bihun goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)
Ulam timun
Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok
Tempe goreng - Optional

Cara Hidang
1- Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.
2- Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya. Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian. Kalau diletak satu 
bahagian setiap satu pun tidak mengapa.
3- Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata. 




Nasi Bombay
Bahan-bahan
 
1½ kati beras
¾ auns minyak sapi
1 botol kecil air mawar
Koma-koma (alat pewarna)
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah 1 inci halia
2 biji bawang besar
½ tin susu cair
Sedikit bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis
Cara:
Bawang putih, halia dan bawang merah (4 biji) ditumbuk. Bawang besar dihiris untuk menumis. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar hingga kuning. Kemudian masukkan bawang merah yang telah ditumbuk. Diikuti oleh cengkih, pelaga, kayu manis, halia dan bawang putih. Sukat air sebanyak sukatan beras, tuangkan ke dalam periuk bersama-sama sedikit daun pandan, susu, air mawar, garam dan tunggu hingga mendidih. Akhir sekali masukkan beras yang telah dicuci dan toskan. Maskkan hingga tanak. Bila menghidangkan hiaskan dengan bawang merah goreng, buah gajus dan buah-buahan.



Ketupat Nasi

Bahan-bahan
1 gantang beras
Kelongsong ketupat (siap dianyam) 3 helai daun pandan
Cara:
Basuh dan tuskan. Isi kelongsong ketupat dengan beras dalam sukatan suku daripada kelongsong.

Rebus ketupat lebih kurang 3 jam. Angkat, sejukkan dan hidangkan dengan kuah kacang.




Burasa

Bahan-bahan
  • 500 ml beras
  • Daun pisang untuk membungkus
  • 650 ml santan dari ½ butir kelapa
  • 1 sdt garam
  • 1 lembar daun salam
  • Air untuk merebus

Cara Memasak :
  1. Cuci beras, tiriskan. Potong-potong daun pisang ukuran 20x20cm.
    Didihkan santan bersama garam dan daun salam, masukkan beras. Aduk dan masak hingga santan kesat dan beras menjadi sebati.
  2. Ambil sehelai daun pisang, bubuh 1-2 sdm beras sebati di atasnya, lalu gulung, padatkan. Lipat kedua ujungnya sehingga berbentuk empat persegi panjang.
  3. Satukan 2 buah bungkusan, lalu ikat dengan tali erat-erat.
  4. Rebus hingga masak dan menjadi lontong (3-4 jam). Tambahkan air panas secukupnya setiap kali air rebusan berkurang.

Note :
  • Waktu memasak : 60 minit..Boleh di makan bersama rendang atau juadah lain