Agar-agar Santan
Bahan-bahan
- Agar-agar satu peket
- Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
- Gula pasir secukup manis/rasa
- Daun pandan sehelai dua
- 2 biji telur ayam
- 2 cawan santan pekat
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
- Basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.
- masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan biar mengelegak sampai agar2 hancur lebur
- Di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.
- Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.
- Biarkan bhn menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.
Masukkan dlm bekas yg disukai / loyang... biarkan sejuk dan boleh makan
Agar-agar Cocktail
Bahan-bahan
- 10g serbuk agar-agar
- 1.5 liter air(5 gelas)
- 100ml(1/2 cwn) susu cair
- 200g gula
- 1 tin besar koktel
- 2 helai daun pandan
Cara-cara
- Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
- Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
- Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
- Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
- Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.
Agar-agar Gula Melaka
Bahan-bahan
- 1 packet agar-agar serbuk
- 4 cwn air
- 4 ketul gula melaka (jun guna 3 ketul campur sedikit gula pasir)
- 4 biji telur-dipukul sedikit
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
Cara-cara
- masak agar2 dengan air dengan gula melaka hingga gula hancur. masukkan esen vanilla.
- Dalam bekas lain, masak santan. bila mendidih, masukkan telur dan garam dan kacau rata. Angkat. Masukkan kedalam agar-agar.
- Bila sudah mendidih, angkat dan tuang kedalam loyang. Biar sejuk.
Agar-agar Kurma
Bahan-bahan
- Kurma-1cawan } (dibuang biji dan Air -1cawan dikisar)
- Air - 5 cawan } dididihkan dalam periuk
- Agar-agar-1peket
- 2 cawan susu
- 2/4 cawan gula
Cara-cara
- Kisar kurma dengan air ketepikan.
- Didihkan air,masukkan agar-agar.
- Bila agar-agar hancur,masukkan gula.
- Masukkan susu dan kurma kisar.
- Biarkan mendidih.
- Tuangkan ke dalam acuan.
Agar-agar Lapis
Bahan-bahan
• 1 bungkus agar-agar tali (30gm)
• 1550ml air
• 70gm gula
• ½ cwn gula merah
• ¼ cwn susu pekat manis
• sedikit pewarna merah dan hijau atau apa2 warna
Cara-cara
- Masak agar-agar bersama air dan gula sampai agar-agar hancur. Kemudian tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian.
- Bahagian pertama (dalam periuk kecil) masukkan gula merah.Masak seketika sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
- Bahagian kedua campurkan dengan susu pekat.Kacau dan ketepikan.
- Bahagian ke-3 dan 4 letakkan sedikit pewarna kesukaan masing2. Saya guna merah, hijau dan sikit je utk coklat.
- Untuk buat lapisan, tuangkan bahagian berwarna merah dahulu.Biarkan separuh keras sebelum tuangkan lapisan putih dan begitulah seterusnya untuk lapisan warna ungu dan gula merah.
- Tips untuk agar-agar cepat keras, letakkan loyang dalam bekas yg lebih besar yg sudah diletak beberapa ketul air batu dan air sejuk peti.
- Untuk mengelakkan agar2 yang belum dibuat lapisan dari cepat mengeras pulak, sy letakkan mangkuk tu dalam bekas lain yg diisi separuh air panas.
Agar-agar Lumut
Bahan-bahan
- 7gm agar-agar strip
- 850ml air + pewarna hijau
- 1 gelas gula
- 1 biji telur + sedikit pewarna hijau - pukul sedikit
- 200ml air + 2-3 helai daun pandan - potong, blend, perah jusnya atau sedikit pandan paste
- sedikit garam
Cara-cara
- Rebus agara-agar bersama 850ml air hingga larut, masukkan gula masak hingga gula cair, letakkan pula pewarna hijau, taburkan garam kacau rata hingga mendidih
- Masukan air jus daun pandan, didihkan seketika, tuangkan telur sedikit demi sedikit kacau denga pemukul telur supaya rupanya cantik seakan berlumut dan tidak berketul, tujuannya bagi mencantikkan lagi rupanya, tutup api, tuang dalam dulang, bekukan, potong, hidangkan
Agar-agar Milo + Horlick
Bahan-bahan
- 10g agar-agar serbuk
- 200g gula pasir
- 1.5 hingga 2 liter air (Mengikut citarasa)
- 2 camb horlicks
- 4 camb milo
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat
Cara-cara
- Serbuk agar-agar, gula dan air dididihkan sehingga gula hancur
- Masukkan horlicks dan milo, kacau sebati
- Apabila telah sebati, perlahankan api dan masukkan susu cair serta susu pekat.
- Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk.
Agar-agar Roti Pelangi
Bahan-bahan
- 1 cawan agar-agar kering
- 3 cawan air
- 500 g gula
- 5 keping roti
- susu segar/sejat
- 1 biji telur
- 1 sk esen ros/vanilla
- pewarna kuning, hijau dan merah
Cara-cara
- Masak agar-agar sehingga larut. Kemudian, tambah gula mengikut manis mulut. Masukkan esen ros/vanilla..Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian A dan B. Kemudian bahagikan bahagian B kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pewarna.
- Sementara itu, pukul telur dengan susu, kamudian masukkan roti. Rendam sehingga roti lembik, kemudian blend roti hingga hancur. Masukkan roti yang diblend tadi dalam agar-agar bahagian A. Kacau.
- Basahkan bekas dan isi lapisan agar-agar berwarna yang pertama. Tunggu agak-agak beku, lapiskan dengan agar-agar bahagian A. Tunggu agak beku, lapiskan dengan agar-agar berwarna seterusnya. Ulang langkah sehingga agar-agar habis.
- Biarkan agar-agar sehingga beku. Boleh disimpan dalam peti ais bagi yang suka makan sejuk.
Agar-agar Jagung
Bahan-bahan
- 1 tin jagung yang hancur
- 1 tin susu cair (aidil)
- 3 senduk gula
- 1 sudu teh prisa pandan
- 2 pek serbuk agar-agar
- 3 gelas air
Cara-cara
- masukan air dan serbuk agar-agar kacau sehinga larut
- masukan jagung dan susu cair kacau sebati
- akhir sekali masukan perisa pandan dan gula....
- gula mengikut rasa masing2,selamat mencuba.....
Agar-agar Oreo
Bahan-bahan
- 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 1 paket serbuk agar-agar)
- 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
- 2 cawan air
- 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
- 1/2 cawan gula
- 1 ikat daun pandan
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
- rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
- sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
- setelah semua sebati, curah bancuhan agar-agar didalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Agar-agar Pisang
Bahan-bahan
100 gm pisang lemak manis(dilecek) 10 gm agar-agar serbuk 150 ml susu rendah lemak 30 gm kastard 800 ml air 100 gm kismis 5 ml esen vanilla Cara: Agar-agar dimasak dgn air hingga mendidih. Masukkan pisang,esen vanila, adunan susu kastard & masak hingga kelihatan berkilat. Masukkan kismis & biarkan mendidih di atas dapur hingga kismis kelihatan kembang barulah tuangkan ke dlm acuan.Bekukan di dlm peti sejuk sebelum dihidangkan. Agar-agar Nenas Bahan-bahan 10 gm agar-agar (direndam ½ jam) 400 ml air 2 helai daun pandan 125 gm gula pasir Beberapa titik pewarna hijau 1 biji nanas 6 - 7 biji ceri merah Gula jika perlu Cara: Masak agar-agar bersama air, daun pandan & gula hingga agar-agar dan gula larut. Angkat dan bubuh pewarna hijau. Tapis agar-agar ke dalam acuan berukuran 18 cm x 18 cm yang dibasahi sedikit air. Sementara itu potong isi nanas. Apabila agar-agar beku, potong segiempat dan hidangkan di dalam kulit nanas bersama isi nanas dan ceri. Tabur sedikit gula jika suka. Enak dimakan bersama aiskrim. |
Agar-agar Koko
Bahan-bahan
1 liter air
15 g agar-agar 20 g serbuk koko
175 g gula
15 g agar-agar 20 g serbuk koko
175 g gula
2 helai daun pandan
Cara:
Didihkan air bersama agar-agar dan daun pandan. Biarkan agar-agar larut. Bancuh serbuk koko bersama sedikit air. Masukkan gula dan koko ke dalam agar-agar. Kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan.
Agar-agar Bandung Cincau
Bahan-bahan
2 bungkus serbuk agar-agar
200 gm gula pasir
200 gm susu cair
sedikit isi cincau
200 gm gula pasir
200 gm susu cair
sedikit isi cincau
2 helai daun pandan
pewarna merah / sirap
Air secukupnya
Cara:
Agar-agar dimasak bersama gula,daun pandan dan air hingga mendidih. Kemudian masukkan susu dan juga cincau beserta pewarna merah atau sirap..bila sebati bolehla di tuang ke dalam acuan khas.Agar-agar Kemenyan
Bahan-bahan
40 gm agar-agar
2 cawan pati santan (ditambah dengan sedikit garam)
3 keping gula kabung
1 cawan gula pasir 3 biji telur
2½ cawan air
1 helai daun pandan
2 cawan pati santan (ditambah dengan sedikit garam)
3 keping gula kabung
1 cawan gula pasir 3 biji telur
2½ cawan air
1 helai daun pandan
Cara:
Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan daun pandan, gula dan gula kabung dan kacau perlahan-lahan hingga semua bahan-bahan larut dan mendidih. Pukul telur hingga kembang. Campurkan dengan pati santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar dan kacau perlahan hingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan. Biarkan hingga ia beku sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.
Agar-agar Berbelang
Bahan-bahan
37.5 g agar-agar
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat 4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat 4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna
Cara:
Agar-agar Laici
Bahan-bahan
1 paket agar-agar
2 cawan gula( mengikut citarasa sendiri)
4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla Dikisar:
1 tin susu cair
1 tin laici
2 cawan gula( mengikut citarasa sendiri)
4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla Dikisar:
1 tin susu cair
1 tin laici
Cara:
Masukkan agar-agar dan 4 cawan air dan masak sehingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula. Tunggu sehingga gula larut bersama-sama agar-agar. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan esen vanilla. Kacau sehingga mendidih dan tutup api setelah mendidih. Teruskan mengacau sehingga ia agak sejuk. Tuangkan ke dalam acuan.
Cadangan Hidangan:
Boleh juga di masukkan laici yang telah dicobek-cobekkan ke dalam agar-agar tadi, dan masukkan ke dalam peti ais untuk rasa yang lebih sedap.
Agar-agar Delima Istana
Bahan-bahan
1 tahil agar-agar
4 cawan air biasa(1 drpnya air cocktail)
1 tin susu cair
6 biji telur gred A(pukul asing dulu) ½ cawan gula(tambah ikut selera)
½ cawan susu pekat(tambah ikut selera)
Kismis secukupnya
1 sudu teh vanilla
½ tin buah cocktail(buah sahaja)
4 cawan air biasa(1 drpnya air cocktail)
1 tin susu cair
6 biji telur gred A(pukul asing dulu) ½ cawan gula(tambah ikut selera)
½ cawan susu pekat(tambah ikut selera)
Kismis secukupnya
1 sudu teh vanilla
½ tin buah cocktail(buah sahaja)
Cara:
1)Agar-agar dibasuh,terus dimasukkan ke dalam loyang yang dikehendaki
2)Lain-lain bahan dicampur dalam satu bekas lain,kemudian dituang kedalam loyang.
3)Seelok-eloknya buah cocktail,agar- agar dan kismis dimasukkan berselang- seli dengan segala bahan cecair tadi
Peringatan:Agar-agar tadi dalam keadaan panjang(jangan dipotong)
4)Kukus mesti 2 jam
2)Lain-lain bahan dicampur dalam satu bekas lain,kemudian dituang kedalam loyang.
3)Seelok-eloknya buah cocktail,agar- agar dan kismis dimasukkan berselang- seli dengan segala bahan cecair tadi
Peringatan:Agar-agar tadi dalam keadaan panjang(jangan dipotong)
4)Kukus mesti 2 jam
Agar-agar Milo
Bahan-bahan
BAHAN LAPISAN MILO
8 gram agar-agar serbuk (resipi asal guna agar2 tali)
2 cawan air (resipi asal guna 13/4 cawan)
1/3 cawan gula (mat luakkan 1 camca teh)
3/4 cawan MILO
BAHAN LAPISAN SUSU
10 gram agar-agar serbuk
1 3/4 cawan air
1 cawan susu sejat
1/3 cawan gula (resipi asal guna 1/2 cawan)
Beberapa titik esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK LAPISAN MILO :- Satukan semua bahan2 lapisan milo, kecuali "milo". Kacau rata dan masak hingga suam, masukkan milo, kacau hingga milo larut dan mendidih. Gunakan api sederhana. Matikan api dan tuang dalam bekas sesuai. Mat guna bekas kecil, jadi tuang 1/2 penuh sahaja. Biarkan beku sekejap.
- UNTUK LAPISAN SUSU :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan susu, kacau rata dengan whisk dan jerang hingga gula larut dan bancuhan mendidih. Matikan api.
- UNTUK AGAR2 MILO :- Keruk2 sedikit permukaan milo dengan garfu, kemudian tuang lapisan susu. Buat hingga siap. Biarkan hilang wap
No comments:
Post a Comment