Friday 5 August 2011

PuDiNg

Puding Kastard

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 5 cawan santan
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend jagung. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk




Puding Karamel

Bahan-bahan
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 



Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

  • 1 paket roti (5 ketul)
  • 1 kg susu
  • Gula secukup rasa
  • 1 camca besar mentega
  • Secubit garam
  • 1 camca kecil esen vanila
  • 1 biji telur 
  • Kismis atau hiasan yang disukai

Cara-cara

  1. Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila dan kismis.
  2. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
  3. Setelah masak, angkat dan hidangkan.





Puding Marble

Bahan-bahan

  • 1 liter air
  • 10g agar-agar
  • 250g gula
  • 100g tepung kastard
  • 2 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara

  1. masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
  2. masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.
  3. bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
  4. dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
  5. sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.



Puding Biskut

Bahan-bahan
  • 5kpg biskut cream crackers
  • 6 bji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin air(guna sukatan tin susu)
  • 10 sudu gula (tuk topping karamel)
  • buah-buahan campuran (untuk hiasan)

Cara-cara

  1. Mula-mula pukul telur bersama gula sampai kembang.
  2. Bila dah kembang, rehatkan sebentar n kisarkan biskut cream crackers hingga hancur.
  3. Ambil 10 sudu gula tadi n masak dlm kuali hingga kekuningan, ble dah kekuningan, masukkan dalam loyang bulat dan ratakan dengan mengoyangkan loyang tersebut.(ala wat gula perang la...) Biarkan ia sejuk seketika.
  4. Pastu masukkan susu cair dan air di ikuti dengan biskut tadi ke dalam telur n hingga gaul rata.
  5. Pastu tuang adunan ke dalam loyang yang kite dah tuang karamel tadi. So akan ada 2 lapisan, karamel n adunan td.
  6. Kukus selama 35 minit (if nak tau dah msk or lum, cucuk puding guna lidi n if lidi bersih, so dah masak la tu)
  7. Boleh di hias dgn menaburkan buah2an campuran
  8. PERHATIAN:- Semasa terbalikkan puding tadi, pastikan guna bekas yg rata, sprti alas kek(yg cm plywood tu) cz puding nie agak lembut, hati-hati tau.. lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama 20minit.( sesuai di hidang ketika sejuk) 



 Puding Trifle

Bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas
Cara-cara
  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.




Puding Tauhu

Bahan-bahan
  • 1 tin susu IDEAL 
  • 1 peket agar-agar
  • 1 tin susu pekat
  • 4 cawan santan (tak letak pun tak pe)
  • 1 tin fruit coktail
  • bahan2 utk kuah puding: 5 gelas air
  • 1 cawan gula
  • air fruit cocktail
Cara-cara
  1. masak agar-agar dgn 3 cawan air smpai larut dan masukkan bahan2 lain kecuali fruit cocktail.
  2. bila dah masak tuangkan ke dlm acuan yg mengandungi fruit cocktail yg telah diasingkan airnya.simpan dlm peti sejuk.
  3. utk kuah puding: masak air, gula & air fruit cocktail smpai masak. 



Puding Pelangi



Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
Cara-cara
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis. 
  7.  Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk
                                                    




Puding Coklat

Bahan-bahan
  • 1 paket agar - agar
  • 1 liter air
  • 1 cawan tepung custard perisa coklat (kalau tiada custard biasa pun boleh & add 2 sudu serbuk koko)
  • 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
  • 1 sudu teh esen vanila (as pewangi)
Cara-cara
  1. masak air bersama agar² & gula hingga larut
  2. masukkan tepung custard perisa coklat yang telah dibancuh dengan air
  3. kacau hingga sebati dan tunggu sehingga mendidih...matikan api then tuang ke dalam loyang
  4. tunggu sehingga sejuk & boleh lah dimakan...tapi untuk lebih sedap sejukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan...



Puding Horlick

Bahan-bahan
  • sebungkus agar2 yg besar
  • 6 cwn air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan horlick
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
  2. dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
  3. masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
  4. setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
  5. akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan.




Puding Sagu + Buah

Bahan-bahan
  • 1/3 cawan sagu (rendam semalaman)
  • 1 cawan serbuk roti
  • Bahan A:-
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu sejat
  • 1/3 cawan gula
  • 1/3 cawan kismis
  • 1 biji telur - dipukul sket
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1 sudu teh parutan kulit oren
  • @ sirap gula melaka secukupnya
Cara-cara
  1. Tapis sagu dan campurkan dengan serbuk roti.
  2. Campurkan semua bahan A dan masukkan perlahan2 kedalam campuran sagu tadi.
  3. Masukkan kedalam acuan atau loyang yg dgris. Kukus selama 15-20min.
  4. Hidangkan bersama sirap gula melaka.



Puding Soya

Bahan-bahan

  • 500ml air soya tanpa gula
  • 10ml gelatin + 2 sudu besar air panas
  • sirap gula melaka secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan air soya dengan api perlahan.
  2. Bila air soya dah panas, masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan 2 sudu besar air.
  3. Kacau sehingga semua gelatin larut. Padamkan api.
  4. Tuang dalam bekas dan sejukkan
  5. Bila dah keras dan sejuk bolehlah makan dengan sirap gula melaka.




Puding Cheese

Bahan-bahan

  • 1 bungkus agar-agar
  • 3 gelas air
  • 1 gelas gula
  • 4 biji telur ayam
  • 11/2 gelas tepung gandum
  • 1/2 tin susu pekat
  • 250 gram butter
  • 1 botol kraft spread cream cheese @ philadelphia cream cheese (250 gram)

Cara-cara

  1. Agar-agar di masak dgn 3 gelas air & 1 gelas gula.
  2. Pukul telur sampai putih & kembang.
  3. Masukkan butter, pukul lagi hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan susu pekat & tepung gandum. Gaul rata.
  5. Masukkan pula spread cream cheese. Gaul lagi hingga betul2 sebati.
  6. Akhir sekali tuangkan agar2 yang telah dimasak tadi. Gaul dengan cepat agar agar2 tidak beku & berketul2.
  7. Masukkan ke dlm acuan atau loyang berukuran 8x8 inci.
  8. Kemudian ambil satu lagi acuan berukuran 81/2 x 81/2 inci dan masukkan sedikit air ke dalamnya.
  9. Letakkan acuan adunan ke dalam acuan yg berisi air. (kaedah double boil)
  10. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 150C, api atas & bawah selama 1 jam 30 minit.
  11. Potong puding bila ianya betul2 sejuk & agak keras



 Puding Cendol


Bahan-bahan
Bagi Lapisan Bawah

  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam

Bagi Lapisan Atas

  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan. 





Puding Mangga

Bahan-bahan
  • 2 biji mangga ranum
  • 170ml F&N krimer sejat
  • 80ml fresh cream
  • 100g fresh milk
  • 1/2 s/k tepung custard
  • 600ml air suam
  • 100gm granulate sugar
  • 15gm serbuk gelatin
  • setitik dua pewarna kuning

Cara-cara

  1. campur gelatin dengan 300ml air suam, kacau dan biarkan selama 10 minit.
  2. campur air selebihnya dengan gula dan kacau hingga larut.
  3. kupas kulit dan buang biji mangga, mixer/FP kan isi sampai jadi puree.
  4. campur 1 dan 2, masukkan 3, krimer sejat, fresh cream, fresh milk, tepung custard, dan kacau. masukkan pewarna dan kacau lagi.
  5. letak bowl tadi diatas air berais dan kacau sehingga sejuk dan kelihatan pekat. kalau suka boleh tambah mangga yang dipotong dadu kecil2 untuk merasa texture yang berbeza dalam pudding ini.
tuang kedalam bekas pudding, sejukkan dalam petisejuk selama 1 atau 2 jam sebelum dihidang. bolehlah dihias dengan hirisan manggo dan mint






Puding Tapai Ubi



Bahan-bahan

  • 1 paket tapai ubi (6 ketul)
  • 600 ml susu segar
  • 2/3 cawan gula
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/2 sudu pes pandan/setitis pewarna hijau
  • Untuk Kuah:-
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
  • ( Masak semua bahan kuah atas api perlahan. Tutup api bila mendidih dan sejukkan.)
Cara-cara
  1. Buangkan empulur tapai ubi, satukan bahan dan masukkan dalam blender.
  2. Blend bahan-bahan lebih kurang 3 minit atau hingga sebati.
  3. Tuang ke dalam loyang/mangkuk kecil tahan panas yang telah dititiskan dengan sedikit pes pandan/pewarna. Kukus lebihkurang 15 minit.
  4. Scop dalam bekas puding dan tuang kuah bila menghidang. (Boleh juga ditambah buahan koktel ketika makan). 



 Puding Kukus Strawberry + Laici

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici (toskan dan simpan sirapnya)
  • 4 biji telur ayam
  • 4 keping roti (Gardenia, High 5, etc)
  • 1 kotak jeli kristal strawberi / raspberi
  • 400ml air (untuk menyediakan jeli)
  • 1 sudu besar gula pasir

Cara-cara

  1. Kisar roti, susu cair, sirap laici, gula pasir dan telur sehingga hancur. Potong buah laici mengikut saiz kesukaan anda dan ketepikan.
  2. Tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai masak. Keluarkan dan sejukkan.
  3. Panaskan air dan masukkan serbuk jeli kristal (tambah 2-3 sudu besar gula pasir kalau suka manis). Kacau sampai larut.
Susun buah laici di atas adunan kukus tadi. Tuang jeli kristal yang telah di masak tadi ke atas adunan. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang




Puding Lobak Merah Berkukus

Bahan-bahan
1 cawan marjerin
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan lobak merah
2 cawan gula pasir
¾ cawan tepung gandum

Cara

Lobak merah dirbus & dikisar halus. Ketepikan. Pukul marjerin dgn gula
pasir hingga hancur.M asukkan telur, lobak merah, esen vanila & tepung gandum. Gaulkan hingga sebati. Loyang kuih disapu dengan sedikit marjerin. Masukkan adunan tadi ke dlm loyang & kukuslah hingga masak. Bila sejuk, barulah dipotong.




 Puding Tembikai Susu

Bahan-bahan
20 gm agar-agar
1 liter susu cair
200 gm gula
500 gm jus tembikai susu

2 helai daun pandan
500 ml air
Sedikit cendol
Sedikit parutan agar-agar merah

Cara:

Masak agar-agar bersama air sehingga mendidih & hancur. Setelah mendidih campurkan susu cair, gula, jus tembikai susu & daun pandan. Setelah masak, padamkan api. Masukkan cendol & parutan agar-agar. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai. Biarkan sejuk, angkat & hidangkan.




Puding Beras

Bahan-bahan
250 gm beras
2 liter susu segar
250 gm gula
100 gm mentega
6 biji telur 100 gm ceri merah dan ceri hijau
100 gm kismis
50 gm campuran kulit buah
200 gm gula karamel

Cara:

Bersihkan beras, masukkan susu segar dan masak hingga beras lembik. Masukkan gula dan mentega. Kemidian campurkan telur dan kacau hingga rata. Masukkan ceri, kismis dan campuran kulit buah ke dalam adunan. Tuang gula karamel ke dalam acuan. Isi acuan dengan adunan nasi sehingga penuh. Sejukkan puding hingga keras.



Puding Epal

Bahan-bahan

4 biji epal (kupas, buang tengah dan hiris nipis)
300 gm roti putih
1 cawan susu
1 sudu teh esen vanila
¼ sudu teh serbuk kayu manis
100 gm buah campuran 50 gm mentega
200 gm gula perang
¼ cawan krim
5 biji telur (dipukul kembang)
150 gm kismis
100 gm kacang macadamia (dicincang)

Cara:

Masak epal dengan mentega lembut dan gula selama 20 minit atau hingga lembut. Masukkan krim. Siat-siatkan roti dan rendam di dalam susu hingga lembut. Setelah itu perah perlahan-lahan dan masukkan ke dalam adunan epal tadi. Masukkan juga telur dan bahan-bahan lain. Masukkan ke dalam acuan kecil-kecil hingga masak.



Puding Marmar

Bahan-bahan

2 liter air
200 gm gula kastor
20 gm agar-agar kering

150 gm tepung kastad Lady's choice
70 gm serbuk koko



Cara:


Satukan air, gula dan agar-agar di dalam periuk. Masak bahan-bahan tadi hingga mendidih. Masukkan tepung kastad dan kacau adunan tadi hingga menjadi pekat. Setelah masak, bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Campurkan satu bahagian tadi dengan serbuk koko dan kacau sebati. Mulakan menuang adunan kuning dahulu ke dalam acuan, diikuti dengan adunan koko secara bergilir-gilir hingga penuh. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.





Puding Rendah Lemak


Bahan-bahan
20 g agar-agar
1,000 ml air
250 g gula pasir
4 camca besar tepung jagung 100 ml susu rendah lemak
4 biji putih telur (dipukul hingga kembang)
Beberapa titik pewarna

Cara:
Masak agar-agar bersama air di dalam periuk hingga ia larut. Masukkan gula pasir , kacau hingga hingga ia larut. Bancuh tepung jagung jagung bersama susu rendah lemak lemak hingga hingga ia sebati.
Tuang ia di dalamagar-agar tadi. Kacau hingga ia mendidihdan pekat. Ketepikan. Masukkan putih telur, kacau hingga ia sebati.
Bahagikan ia kepada beberapa bahagian. Bubuh pewarna, kacau hingga ia sebati. Bubuh setiap bahagian di dalam acuan pilihan

No comments:

Post a Comment