Thursday 4 August 2011

Kuih-Muih

Apam Balik


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
½ camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur
1 tin jagung - bahan tabur
1 cawan gula - bahan tabur
Sedikit mentega

Cara:
·     Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning.
·     Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel.
·     Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar.
·     Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.





Apam Gula Hangus


Bahan-Bahan:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat

Cara:
·      Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus.
·      Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu.
·      Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.





Apam Jagung Kukus


Bahan-Bahan:
Bahan A
½ tin jagung manis dalam tin
1 cawan gula
6 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh bikarbonat
sedikit air
Bahan B

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder.
Cara:
·      Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
·      selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
·      Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat atau bekas khas.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit.
Cadangan Hidangan:
Jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai



Apam Sabah


Bahan-Bahan:
6 Biji Telur
1 Gelas tepung gandum
½ Biji kelapa
1 Gelas gula
1 Sudu Kecil esen vanilla
Pewarna merah,kuning,hijau
Garam

Cara:
·     Pukul telur dengan sedikit garam hingga kembang,masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.Masukkan esen vanilla dan tepung gandum.
·     Sementara itu kelapa dibahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan [1-merah,1-kuning,1-hijau] setiap bahagian kelapa letakkan sedikit/secubit tepung gandum untuk tujuan tidak melekat.
·     Kemudian masukkan kelapa ke dalam adunan tepung tadi dan gaul rata.
·     Sediakan loyang dan sapukan sedikit mentega dikeliling loyang dan tuang adunan.
·     Kukus sehingga masak.



Apam Pisang


Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara:
·     Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata.
·     Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam.
·     Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.


 
Apam Seri Ayu


Bahan-Bahan:
3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
Cara:
·      Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati.
·      Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
·      Kukus hingga masak selama 15 minit.






 Apam Polkadot

Bahan-bahan
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak





Apam Coklat

Bahan-bahan
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air mendidih
  • 2 cawan tepung kek
  • 4 sudu makan serbuk coklat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh bikarbonat soda

Cara-cara


  1. ayak tepung bersama serbuk coklat, baking powder dan bikarbonat
  2. putar telur bersama gula hingga kembang
  3. masukkan susu manis dan kacau lagi
  4. masukkan minyak masak
  5. masukan bahan 1 dan kacau
  6. akhir sekali masukkan air panas mendidih dan kacau
  7. sapu loyang kukus / bkas pilihan dgn minyak supaya tak melekat
  8. isikan adunan dalam bekas pengukus dan kukus 


Apam Yougurt 


Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 100g plain yogurt
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 150g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
  5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit


 
Apam Tapai Beras 

Bahan-bahan
  • 1 senduk kecil tapai nasi
  • 1 peket tepung baras cap teratai
  • 2 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 4 sudu teh eno
  • pewarna secukupnya

Cara-cara

  1. gula dan air dimasak hingga gula cair dan sejukkan
  2. ambil setengah peket tepung beras dan air gula tadi .blender hingga sebati
  3. habiskan setengah tepung beras yang setengah tadi di campur dengan air gula dan satu senduk tapai nasi .blender sebati .
  4. perap selama 5 jam atau lebih(adunan kelihatan berbuih)
  5. bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama .letak pewarna kacau sebati dan masukkan eno
  6. masukkan dalam acuan kukus selama 10 minit
  7. untuk buat tapai nasi **1 bekas aiskrim yang bulat.. nasi sejuk di campur dengan 1 biji ragi ,gaul sebati perap semalaman atau sehingga tapai tadi kelihatan berair.
  8. sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. 
 



Apam Mentega


Bahan-bahan
  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.



Apam Pelangi


Bahan-bahan
  • 4 biji Telur
  • 2 tsp ovalatte
  • 1 tsp esen vanilla
  • 300 g tepung gandum
  • 300 g gula halus
  • 250 ml santan
  • 1 tsp baking powder
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan ovalatte hingga kembang
  2. Masukkan santan dan esen vanila.gaul sebati
  3. Masukkan tepung dan baking powder
  4. Bahagi kepada 2-3 warna (ikut citarasa)
  5. Tuang ke dalam loyang selapis demi selapis
  6. Kukus sehingga masak.




Badak Berendam


Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat

2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam
Cara:
·      Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.
·      Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.
·      Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
·      Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya.
·      Kemudian kukus hingga masak.

Bingka Kemboja


Bahan-Bahan:
600 gm
3 biji telur
3½ cawan gula pasir
6 cawan santan (diambil daripada 1½
biji kelapa)
½ cawan jus pandan

1 tin jagung kasar
Sedikit garam
Sedikit minyak
Cara:
·      Pukul gula dengan telur hingga hancur. Tos jagung dan ambil airnya.
·      Masukkan santan, jus pandan, air jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
·       Masukkan tepung sedikit-sedikit dan adun sehingga sebati. Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan tuang adunan ke dalamnya. Kemudian bolehlah dibakar.
·      Setelah bingka setengah masak, angkat sebentar dan taburkan jagung tadi rata-rata. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong




Bingka Pandan


Bahan-Bahan:
600 gm tepung gandum
200 gm gula pasir
1 cawan santan pekat, dikisar bersama

1 biji telur
Satu cawan air
20 helai daun pandan
Cara:
·      Bancuh tepung bersama gula, telur dan santan pekat. Pastikan tidak berketul-ketul.
·      Masukkan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan elok cairnya. Untuk lebih cantik, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar sekejap.
·      Sapu acuan dengan minyak atau marjerin dan panaskan di dalam ketuhar. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar hingga masak dan sedikit berkerak.




Bingka Labu

Bahan-bahan
  • 1/2 kg. labu manis
  • 400 gm tepung gandum
  • 400 gm gula pasir
  • 1500 ml santan
  • 5 atau biji telur ayam
  • Kalau suka sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Kulit labu di buang & di parut halus
  2. Tepung. gula, telur, pewarna & santan digaul hingga sebati.
  3. Masukkan isi labu yang telah di parut halus kedalam adunan tepung, gaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kedalam loyang 8' x 8' persegi yang dilapis dengan kertas minyak.
  5. Panas oven, masuk adunan kuih yang siap dan bakar dengan api sederhana bawah atas. Bakar selama 1 jam. 



Bingka Beras

Bahan-bahan
  • 150gm tepung beras
  • 180gm gula
  • 300gm santan pekat
  • 450gm air
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati dan tapis.
  2. Masukkan kedalam periuk dan kacau hingga pekat. tutp api dan kacau lagi hingga licin.
  3. Masukkan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak. bakar hingga masak. lebih kurang 45min (ikut oven).


Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 3cwn ubi kayu parut
  • 1/2 cwn gula@secukup rasa
  • 1/2st garam
  • 1 cwn jus pandan+1 cwn pati santan
  • butter utk menggris

Cara-cara

  1. letak ubi parut atas napkin n gantung@leh guna tapis je.jangan di perah.biar dlm 1/2 jam.buang air yg bertakung kat bwh tu..satukan ubi,garam n gula dlm mangkuk.gaul rata
  2. tuangkan campuran jus pandan+santan sedikit2 sambil dikacau sehingga dpt tekstur mcm nak buat cucur..rasakan manisnya.kalau kurang tambah gula.kalau terlalu pekat tambah santan
  3. tuang dalam tin yg digris.letak 4/5 hirisan butter atas adunan.bakar pd suhu 170c selama 45min@hingga msk.
  4. Kuih ni lembut semasa panas.tunggu hingga betul2 sejuk sebelum dipotong.. 


Binka Jagung


Bahan-bahan
  • 250gm tepung gandum
  • 2 sdb tepung kastard
  • 250gm gula pasir
  • 400 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 4 biji telur
  • 2 sdb butter - cairkan
  • sedikit esen vanilla
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • secubit garam
  • 1 tin jagung krim

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan kecuali jagung. Adun sebati.
  2. Masukkan pula jagung. Jika anda tidak suka jagung agak kasar, bolehlah kisar sedikit jagung tin ini terlebih dahulu.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dengan minyak/butter. Bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang 1jam 20min. Jika suka kuih yang lebih garing pada bahagian luarnya, boleh lebihkan masa membakarnya sehingga bahagian tepi berwarna keemasan. 



Bingka Roti

Bahan-bahan

  • -10 keping roti putih, sapu marjerin on both side
  • -santan pekat, dari 1 biji kelapa
  • -3 biji telur
  • -3 sudu besar tepung gandum
  • -gula (sukatan gula ni ikut la tekak korang..selalunya mummy aku letak 4-5 sudu besar je, sebab kitorang tak suka manis
  • kismis (optional)

Cara-cara

  1. roti yang dah sapu marjerin tu masukkan dalam bowl besar, masukkan santan, pastu ramaskan sikit.
  2. dalam bowl lain, pukul telur dan gula, pastu masukkan tepung
  3. masukkan telur + gula +tepung dalam bowl roti. last sekali masukkan kismis.
  4. bancuhan tadi masukkan dalam mangkuk (yang boleh masuk dalam oven), bakar dalam oven 30 minit, 175 darjah celcius (sampai bahagian atas bingka nampak mcm dah garing dan keperangan) 


Bingka kacang Merah


Bahan-bahan

  • 400g kacang merah dlm tin-buangkan sirap-bilas dg air-toskan
  • 150g gula pasir
  • 150g tepung gandum
  • 300ml santan pekat
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 st esen vanila
  • 2 sb minyak.
  • sedikit pewarna merah
  • 1/2 st garam halus

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170'c.Griskan acuan & lapik dg kertas serap minyak.
  2. Satukan semua bahan dlm mesin pengisar,kecuali pewarna.Kisar halus.
  3. Ambil 1 1/2 cawan adunan dan letakkan pewarna.Ketepikan.
  4. Kemudian ambil 2 cawan adunan warna asal & tuang ke dlm acuan.Bakar selama 25 minit.
  5. Kemudian tuangkan adunan berwarna ke atas lapisan yg telah dibakar tadi.Teruskan bakar lg selama 15 minit.
  6. Kemudian tuangkan lg sisa adunan warna asal ke atas lapisan yg telah dibakar tadi.Teruskan lg bakar selama 35 minit.
  7. Bila sudah masak,biarkan sejuk lebih kurang 2-3 jam,baru potong.Siap. 



Buah Melaka Special


Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur

1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)
Cara:
·         Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam
·          Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
·         Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
·         Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
·         Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
·         Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
·      Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
·      Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.




Cucur Badak


Bahan-Bahan:
600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:
½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai
10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air
Cara:
·      Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang.
·       Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
·      Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan.
·      Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.



Cucur Pendaram


Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
600 gm gula merah
Minyak untuk menggoreng
Cara:
·     Masak gula dengan air hingga pekat (anggaran satu mangkuk) dan tapis. Bila air gula masih panas, tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Simpan adunan kira-kira sejam.
·     Ambil sedikit-sedikit dan bentukkan bulat-bulat seperti roda. Setelah itu, goreng di dalam kuali minyak panas sehingga nampak kekuningan.




Donat


Bahan-Bahan:
1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
340 g (1 ½ cawan) air
60 g (2/3 cawan) tepung susu penuh krim
100 g (2 biji) telur
180 g (1 cawan) marjerin
60 g (6 camca besar) gula pasir halus
10 g (1 camca besar) garam
14 g (1 camca besar) serbuk penaik
Cara:
·      Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin.
·      Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal.
·      Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung.
·      Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit.
·      Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising / perisa lain sebelum dihidangkan.



Karipap


Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 ktul isi aym/dging/srdin
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa
Cara:
·     Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
·     Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:

·     Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.

·     Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.

Sedia utk membuat karipap.
Tambahan:
Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.

Mentega juga poleh digunakan.




Keria


Bahan-Bahan:
600 gm keledek
Setengah cawan air
5 sudu gula pasir
Tepung gandum secukupnya

Cara:
·  Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli.
·  Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan.
·  Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat.
·  Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.



 
Kuih Kasturi


Bahan-Bahan:
90 gula
600 ml air
125 gm kacang hijau, dibersihkan & direndam selama 4 jam
60 gm gula melaka
2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan
Minyak masak yang banyak untuk menggoreng

Bahan Sadur:
3 camca tepung beras
¼ camca garam
Secubit kapur
Air sejuk
Cara:
·   Toskan kacang hijau. Isikan ke dalam sebuah periuk & masukkan air.
·   Didihkan selama 30-40 minit, hingga menjadi sangat kembang.
· Masukkan gula, gula melaka & daun pandan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga hancur & larut. Kacau selalu hingga sirap yang pekat terbentuk.
·   Turunkan periuk dari atas api & biarkan sejuk. Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama.
·   Bentukkan tiap-tiap satu dengan kemas supaya menjadi bulat & leper.

Untuk menyediakan bahan sadur:
Campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air secara berunsur-unsur
untuk memdaparkan adunan sadur yang rata. Pijarkan minyak hingga berasap. Celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur & goreng hingga garing & coklat keemasan warnanya. Toskan minyak betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan.


 
Kuih Ketayap


Bahan-Bahan:
Bahan inti:
150 gm gula merah
¾ cawan air
½ biji kelapa parut
garam
daun pandan
1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan
Cara:
·   Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas.
·   Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk.
·   Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
·   Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya.
·   Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan



Kuih Lapis


Bahan-Bahan:
Bahan A:
150 gm tepung gandum
150 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
300 gm gula
1 ½ biji kelapa (ambil santannya)
Sedikit garam
2 warna mengikut kesukaan anda
(cth hijau dan merah)
Cara:
·   Masukkan kesemua Bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan sedikit garam ke dalam adunan. Tuangkan santan ke dalam adunan dan gaulkan hingga sebati.
· Tapiskan adunan tadi untuk mengelak ketulan tepung. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian mengikut warna kesukaan anda.
·   Mulakan dengan lapisan pertama dengan lapisan yang agak tebal, kemudian kukuskan selama 7 minit. Selepas itu teruskan dengan lapisan seterusnya satu persatu. Setiap satu juga selama 7 minit. Pastikan juga lapisan terakhir ditebalkan

Tambahan:
Lapisan atas dan bawah hendaklah sedikit tebal berbanding lapisan tengah-tengah untuk mengekalkan keseimbangan




Pulut Seri Muka


Bahan-Bahan:
150 gm beras pulut
100 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
2 biji telur
1 ½ cawan gula merah
1 ½ cawan pati santan
Sedikit garam
pewarna hijau
Cara:
·   Beras pulut dibersihkan kemudian direndam setengah hari.
·   Toskan airnya kemudian dikukus hingga cukup masak. Setelah masak, tekan secukup pada di dalam acuan.
·   Telur dibancuh dengan tepung beras, gula merah, tepung jagung, pati santan dan garam secukup sebati kemudian ditapis dan tuangkan di atas adunan pulut tadi kemudian dikukus hingga cukup masak.



 
Kuih Pau Goreng


Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan Untuk Membuat Tepung Pau:

500g tepung kuih pau
6g instant yeast
50g minyak sayur
setengah sudu teh garam
100g gula halus
250g air suam
Bahan-Bahan Untuk Membuat Inti Pau:

200 gm kacang merah
100 gm gula perang
Sedikit pewarna merah
Satu sudu teh garam
3 sudu besar minyak makan
Cara:
Untuk Bahagian Tepung Pau:

·  Satukan air,yeast,minyak,gula dan garam dan masukkan bahan-bahan ini ke dalam tepung.
·   Uli adunan itu selama 5 minit.
·   Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
·   Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
·   Setelah 10 minit,ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
·   Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan.
Alaskan doh dengan kertas 'tracing' danbuat sehingga doh itu habis
·   dan disimpan lagi selama 1 jam.
·   Selepas satu jam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya.
·   Goreng sehingga warna kecoklatan.

Cara-Cara Membuat Inti Pau:

Rebus kacang separuh kembang,setelah itu masukkan kacang dan air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
Satukan bahan-bahan inti tadi dan masak hingga pekat.
Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata. 



Putri Mandi


Bahan-Bahan:
600 gm tepung pulut
1 biji kelapa muda - diparut
3 cawan air
1 keping gula enau
3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Cara:
·   Tepung dibancuh dengan air garam, diuli sebati dan bentukkan sebesar guli dan dileperkan tengahnya.
·   Masak air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan adunan yang telah dibentuk tadi.
·   Setelah ia timbul barulah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.
·   Masukkan 3 cawan air ke dalam periuk, campurkan gula enau dan gula pasir, daun pandan, masak hingga gula hancur. Angkat dan tapis.
·   Masak semula air gula yang telah ditapis hingga mendidih, masukkan kelapa parut. Kacau selalu, selepas itu masukkan bentuk-bentuk adunan yang telah dituskan. Kacau lagi dan bolehlah diangkat.


Roti Jala


Bahan-Bahan:
600 g tepung gandum
1 biji kelapa parut
2 biji telur (dipukul)

Cara:
·  Bancuh tepung dengan santan, garam dan telur hingga sebati. Tuangkan air sejuk (jika suka boleh gunakan santan cair) kacau lagi hingga rata.
·  Jerangkan kuali leper dan sapu minyak. Bila panas kiraikan adunan tepung tadi ke atasnya. Bila masak angkat dan lipat jadikan tiga segi. Hidangkan dengan kuah kari atau kurma.




Kuih Tako

Bahan-bahan
  • Lapisan bawah:-
  • 30gm tepung Hoen Kwee
  • 90gm gula
  • 300ml air
  • 6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu
  • Lapisan atas:-
  • @270ml santan
  • @20gm gula
  • @20gm tepung beras
  • @secubit garam
  • Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang. 




    Kuih Cara Manis


    Bahan-bahan
    • 100gm tepung
    • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
    • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
    • 1 biji telur
    • 1/2 sudu teh garam
    • beberapa titik pewarna hijau
    • gula sebagai inti

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
    2. Panaskan acuan , lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
    3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje.. 



    kuih Cara Berlauk


    Bahan-bahan
    • utk kuih cara
    • 1 biji telur
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan santan
    • Garam / gula
    • Utk inti
    • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
    • 1/2 biji capsicum
    • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
    • 1 biji bawang besar di potong dadu
    • 2 sudu serbuk kari daging
    • Sedikit Daun bawang di potong halus
    • Sedikit daun sup di potong halus
    • Garam n ajinamoto

    Cara-cara

    1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
    2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
    3. Sapukan butter di dalam acuan kemudian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Bakar hingga masak



    Kuih Kasui


    Bahan-bahan
    • 125 gm gula merah (1 cawan) masak dengan 2 cawan air hingga hancur dan sejukan.
    • 250 tepung gandum ( 2 cawan 1/2)
    • 40 gm gula pasir (lebih kurang 1/4 cawan)
    • 40 gm tepung sagu (lebih kurang 3/4 cawan)
    • 1 sudu makan air kapur
    • kelapa parut muda digaulkan dengan secubit garam.
    • sesudu minyak
    • 2 cawan air

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula dengan air dan kacau rata.
    2. Tambahkan sesudu air kapur. Ia akan bertukar sedikit kuning.
    3. Masukkan campuran air gula merah. Kacau
    4. Tapiskan adunan dengan penapis kelapa ke dalam bekas lain.
    5. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang. Panaskan kukusan. Kukus selama 5-10 minit 



    Kuih Butir Nangka


    Bahan-bahan
    • 2 cawan tepung beras pulut
    • 2/3 cawan air + colouring
    • kuah:
    • 1 tin santan
    • gula secukup rasa
    • sedikit garam
    • daun pandan
    • option 1: sedikit lempuk durian
    • option 2: buah nangka , di carik2. yg dlm tin pun sedap.

    Cara-cara

    1. bahan2:
    2. bancuh tepung + air + colouring. Dough macam buat kuih ondeh-ondeh
    3. panas kan air dalam periuk sampai mendidih
    4. bentuk bulat2, pegang menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan picit. Terus di masukkan kedalam air mendidih tadi.
    5. masak bila terapung.
    6. campukan semua bahan untuk kuah.Masak sampai mendidih.
    7. sedap dimakan sejuk atau panas..




    Kuih Lompang


    Bahan-bahan
    • ½ paket tepung beras
    • 1 cawan tepung kanji
    • air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
    • 1 cawan gula pasir (leh dilebihkan sket jika suke manis)
    • 2 helai daun pandan
    • sedikit air jika perlu
    • pewarna yg disukai

    Cara-cara

    1. gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. pastu disejukkan.
    2. tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yg disejukkan tadi serta air kelapa. kacau hingga rata dan tak bergentel.
    3. sekiranya adunannya masih pekat, leh ditambahkan sedikit air. kacau rata. (kalo adunan tu tak melekat kat senduk, kira da ok la tu). adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letakla pewarna yg disukai. kacau rata.
    4. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan skejap dlm periuk kukus. kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
    5. bolehla dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam. jika takde acuan, leh diganti dgn loyang. 



    Kuih Gunting

     Bahan-bahan
    • 375gm tepung
    • 2 sudu besar gula aising
    • 2 sudu besar rempah kari
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 2 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh jintan putih
    • 1 sudu teh serbuk cili
    • 2-3 tangkai daun kari-hiris halus
    • 1 1/2 sudu teh garam
    • pepper
    • 90gm majerin
    • 130-140ml santan (tambah air jika x cukup)

    Cara-cara

    1. Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
    2. Gunting n goreng. 
     


    Kuih Akok


    Bahan-bahan
    • 5 biji telur
    • 200 ml pati santan
    • 100 ml air
    • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
    • 30 gram tepung gandum
    • 3 helai daun pandan- disiat-siat
    • 2 cubit garam halus

    Cara-cara

    1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
    2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
    3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
    4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 


    Kuih Talam Keladi


    Bahan-Bahan

    Bahagian Atasnya :-

    • 2 cawan gula pasir
    • 4 cawan santan pekat
    • 3 helai daun pandan
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 biji telur
    • 1 st. garam
    • 1 st. perwarna purpl
    • Bahagian Bawahnya 
    • 4 cawan santan cair
    • 2 cawan tepung beras
    • 1 cawan keladi dadu siap rebus
    • 1 biji telur
    • 1 st garam

    Cara-cara

    1. Untuk bahagian atasnya:- Satukan santan pekat,gula pasir dan daun pandan jerang atas dapur dengan api pelahan sekali mengelegak saja tutup api dan biarkan sejuk betul.Setelah sejuk masukan tepung pukul rata dan masukan telur yang dipukul ringan dengan garam dan kacau rata-rata kemudian di tapis dan campurkan dengan perwarna purple ketepikan dulu.
    2. Untuk bahagian bawahnya:- Bancuh tepung beras dengan santan cair dan telur pukul ringan dgn garam dan di kacau rata-rata tapis masukan dalam periok dan jerang atas dapur dengan api pelahan dan kacau selalu supaya tidak bergentel2 setelah pekat masukan pula keladi dadu tadi dan digaul rata dan tuangkan dalam loyang yang siap dialaskan dengan plastik berukuran 14" x 14" rata kan adunan dan kukus selama 5 minit dulu dan tuangkan bahagian atasnya pelahan2 mengunakan senduk dan kukus semula dalam masa 10 minit buka tudung kukus dan lap diatas kuih dengan kertas tisu dan kukus semula selama 15 minit.Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan kain dan kukus dengan api yang pelaha.Selamat mecuba. 



    Kuih Talam kukus

    Bahan-bahan

    • lapis bawah: 3 cawan santan pekat 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu gula pasir sedikit garam bahan atas : 1 1/2 cawan santan pekat 2 sudu tepung gandum 4 biji telur 1 cawan gula melaka

    Cara-cara

    lapis bawah: tepung gandum, tepung beras dan garam ramaskan sampai sebati baru masukkan santan ,garam gula pasir dan gaul sebati dan bolehlah ditapis sebelum masukkan kedalam loyang pengukus.dan boleh lah dikukus sampai masak,sementara menunggu lapis bawah masak kita boleh sediakan bahan atas pukul telur bersama gula melaka menggunakan sudu baru masuk kan tepung gandum dan santan pekat tadi apabila lapisan bawah tadi dah masak bolehlah ditapis diatas loyang yang berisi adunan tadi tunggu sampai masak .sejukkan dan boleh lah dipotong dan dihidang kan



    Kuih Talam Pandan

    Bahan-bahan
    • Jus Pandan 10 helai daun pandan 800ml air
    • Bahan Lapisan Bawah
    • 110gm tepung beras
    • 40gm tepung hoen kwe
    • 220gm gula halus
    • pewarna hijau
    • 1 sudu teh air kapur
    • Bahan Lapisan Atas
    • 60gm tepung beras
    • 20gm tepung ubi
    • 400ml santan pekat KARA
    • 100ml air
    • 1 sudu teh garam

    Cara-cara

    1. Kisar daun pandan dan air sehingga lumat. Tapis. Ambil jus pandan.
    2. Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan jus pandan, tapis dan tuang ke dalam periuk non-stick, masak diatas api perlahan sehingga pekat.
    3. Angkat dan tuang ke dalam loyang 8" ratakan permukaannya. Kukus selama 20 minit,
    4. Satukan bahan lapisan atas, kemudian tapis. Masak hingga kental dan tuang ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus semula selama 30 minit.
    5. Biar sejuk baru dipotong.
    6. Talam pandan seakan kuih tepung pelita dari segi rasanya... lembut dan wangi dengan aroma daun pandan. 


    Kuih Talam Koko Marble


    Bahan-bahan
    • Bahan A
    • 150gm tepung beras
    • 150gm tepung ubi
    • 150gm tepung sago
    • 350ml santan pekat KARA
    • 210ml air
    • Bahan B
    • 350gm gula kaster
    • 750ml santan cair (100ml santan pekat kara + 650ml air)
    • 1 helai daun pandan
    • 1/2 sudu teh garam
    • Bahan C
    • 1 sudu besar serbuk koko
    • 1/2 sudu teh coklat emulco

    Cara-cara

    1. Sebatikan bahan A. Gaul rata
    2. Masak bahan B sehingga mendidih dan tuangkan kedalam bahan A. Gaul rata dan tapis.
    3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bahan C kedalam satu bahagian adunan dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.
    4. Bahagikan adunan koko kepada 3 bahagian dan adunan tanpa warna kepada 4 bahagian.
    5. Kukus satu bahagian tanpa warna 250ml selama 5 minit.
    6. Apabila masak, tuangkan adunan koko 250ml keatas lapisan tadi. Kukus selama 5 minit.
    7. Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga habis.
    8. Untuk membuat corak marble, asingkan 2 sudu besar adunan dan campur dengan 1 sudu teh coklat emulco. Lapisan terakhir hendaklah diangkat dari pengukus dan titikkan coklat emulco kemudian gunakan lidi dan buatlah corak marble. Hati-hati ketika mengangkatnya balik ke pengukus kerana adunan mungkin akan bercampur.
    9. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus semula selama 20-30 minit.
    10. Rasa kuih ni lembut dan kenyal jika nak rasa koko yang kuat masukkan 1 sudu kecil nescafe..



    Kuih Talam Suji


    Bahan-bahan
    • BAHAN LAPIS BAWAH
    • 1 1/2 cawan tepung suji
    • 4 cawan santan pekat
    • 3/4 cawan gula pasir
    • Secubit garam
    • Sedikit pewarna kuning
    • BAHAN LAPIS ATAS
    • 4 cawan santan pekat
    • 2 sudu besar tepung kastard
    • 1 cawan tepung gandum
    • 3 sudu besar gula
    • 1 cawan gula merah

    Cara-cara

    1. Masuk kesemua bahan lapis bawah ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
    2. Campurkan kesemua bahan lapis atas dan masakkan atas api kecil hingga pekat.Tuangkan lapisan atas ini di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.Ratakan dan kukus semula selama 20 minit.Potong dan hidangkan. 


    Kuih Lompat Tikam


    Bahan-bahan
    • *Lapisan bawah :-
    • 62 g tepung beras ( 8 sb )
    • 660 ml air ( 2 1/2 cwn + 2 sb )
    • 62 ml air pandan ( 3 sb ) + 1/2 sk pewarna hijau
    • 1/2 sk garam
    • 1 sk air kapur
    • *Lapisan atas :-
    • 25 g tepung beras ( 3 sb )
    • 600 g santan pekat ( 2 cwn + 5 sb )
    • 1/2 sk garam
    • *Air gula :-
    • 250 g gula melaka ( 1 cwn - yg telah dihiris halus)
    • 500 ml air ( 2 cwn )
    • 1 helai daun pandan - di simpul

    Cara-cara

    1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
    2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
    3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
    4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
    5. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan. 



    Kuih Buah Tanjung

    Bahan-Bahan:
     10 biji telur itik
    1 kg gula pasir
    250 gm tepung pulut 100 gm tepung beras
    2 helai daun pandan
    5 kuntum bunga cengkih
    Cara:
    Pukul merah telur hingga kembang. Campur tepung beras dengan tepung pulut dan goreng tanpa minyak. Angkat dan sejukkan. Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih sehingga setengah pekat. Sediakan sebiji mangkuk, masukkan telur dan sedikit tepung beras. Uli dengan tiga jari dan bentukkan seperti buah tanjung. Masukkan ke dalam air gula sehingga meresap, barulah boleh diangkat.




    Kuih Cakar Ayam Keledek




    Bahan-bahan

    1 kg ubi keledek
    1 kg gula merah
    1 kg minyak masak Sedikit air
    Sedikit garam
    Cara:
    Keledek dikupas kulit dan dicuci bersih. Sagat keledek ini hingga halus. Ketepikan. Satukan gula merah, sedikit air dan garam halus. Masak hingga pekat. Ketepikan. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian goreng keledek yang disagat tadi hingga garing. Angkat dan toskan. Masukkan keledek ke dalam air gula merah tadi dan masak dengan api yang perlahan. Pastikan gulanya disira hingga rata. Ketika panas, tekan keledek ini ke dalam acuan bulat. Buat hingga habis. Apabila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.



     Kuih Cik Mek Molek
    Bahan-Bahan:
    600 gm keledek (direbus dan dilecek)
    2 cawan tepung gandum
    gula
    minyak masak (untuk menggoreng)
    garam
    Cara:

    Keledek yang telah dilecek dicampur dengan tepung gandum. Uli hingga jadi doh yang lembut. Ambil 2 sudu besar dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan gulung kembali. Lakukan sehingga selesai. Goreng di dalam minyak panas hingga kekuningan dan tuskan. Cik Mek Molek sedia untuk dihidang.




     Jala Emas


    Bahan-Bahan:

    10 biji telur itik
    2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
    1 cawan gula pasir 2 kuntum bunga cengkih
    2 helai daun pandan

    Cara:

    Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang.

    Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).

    Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka. 
    Tambahan:  
    Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya.




     Kuih Lopes

    Bahan-Bahan:
    1 kg beras pulut
    5 helai daun pandan
    1 biji kelapa
    1 cawan gula melaka
    Beberapa helai daun pisang
    Tali
    Cara:

    Rendam beras pulut sehingga ia kembang dan kukus sehingga setengah masak.
    Gaulkan pulut dengan perahan air daun pandan.
    Daun pisang dibuat kelongsong dan diikat bahagian pangkalnya dengan tali.
    Masukkan pulut tadi ke dalam kelongsong dan pastikan ia tidak terlalu padat dan ikatkan di bahagian hujungnya.
    Kukuskan pulut tadi sehingga masak dan sejukkan.
    Kelapa diparut dan campurkan sedikit garam.
    Potong pulut yang telah disejukkan dan gaulkan dengan kelapa parut.
    Hidangkan dengan air gula melaka yang dimasak.




    Popiah Goreng

    Bahan-Bahan:

    50 keping kulit popia
    500 gm tauge
    200 gm kacang peas
    50 sen udang kering (ditumbuk halus)
    1 biji sengkuang (ukuran sederhana)
    1 biji timun 200 gm daging ayam
    2 biji bawang merah (dimayang)
    Sedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya)
    Sedikit minyak untuk menggoreng
    Sedikit garam dan serbuk perasa

     Cara:

    Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian toskan. Sengkuang dan timun diparut memanjang. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, ayam dan udang kering hingga wangi. Bila telah agak kering, masukkan sengkuang dan kacang peas. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi. Buat begini sehingga habis. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.

    Untuk menyediakan sosnya:
    Tumbuk 3 biji cili merah hingga lumat. Tambah 2 ulas bawang putih dan tumbuk lagi hingga lumat. Tambahkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Setelah siap, bolehlah dihidang bersama popia goreng tadi.





    Popiah Basah

    • Bahan untuk kulit*
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 biji putih telor
    • 3/4 cawan air
    • 2 sudu makan cuka
    • secubit garam
    • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
    • 1/2 biji kobis - diricih halus
    • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
    • 1 biji sederhana bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu makan udang kering
    • garam secukupnya
    • minyak untuk menumis
    • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
    • Bahan untuk sambal***
    • 15 tangkai cili kering
    • 1 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar gula perang
    • 2 sudu besar kicap manis
    • minyak untuk menumis
    • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
    • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.






    Samosa


    Bahan-bahan:

    3 biji ubi kentang (Potong dadu)
    1 labu bawang besar
    2 ulas Bawang putih (cincang)
    1 sudu teh serbuk jintan manis
    1 sudu teh serbuk jintan putih
    1 sudu makan rempah kurma (bancuh dengan 2 sudu air)
    ½ cawan air
    200 gram daging cincang
    ½ tin kacang pis
    Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris)
    2 sudu minyak
    ½ sudu teh garam
    Kulit popia secukupnya
    ½ ­~ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)


    Cara Penyediaan:
    Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kurma dan garam. Gaul rata.
    Masukkan daging cincang dan gaul hingga masak diikuti kentang dan air. Gaul rata dan biarkan empuk.
    Masukkan kacang pis, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
    Seterusnya tebarkan kulit popia. Isikan inti dan lipat membentuk segitiga /gulung.
    Panaskan minyak dalam kuali. Goreng samosa hingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan minyak.
    Sedia untuk dihidangkan.





    Kole Kacang

    Bahan-bahan:

    300g kacang hijau - rendam sekurang-kurangnya 2 jam
    4 cawan air
    3 cawan santan pekat
    450g gula Melaka - potong kecil-kecil
    1/2 cawan air
    2 shelai daun panda
    tahi minyak untuk taburan


    Cara Penyediaan:

    Basuh kacang hijau dan masukkan ke dalam periuk tekanan tinggi atau periuk bertutup bersama 4 cawan air. Masak selama 20 minit atau sehingga kacang kembang dan lembut.
    Pindahkan kacang hijau yang telah masak ke dalam pengisar (blender) bersama santan. Kisar hingga halus. Tambah sedikit santan jika blender sukar untuk berfungsi.
    Cairkan gula melaka bersama 1/2 cawan air di atas api sambil dikacau. Kemudian tapis ke dalam blender. Kacau hingga mesra.

    Tuangkan adunan ke dalam kuali bersama daun pandan. Kacau atas api sederhana dengan senduk kayu supaya tiada kerak terhasil. Masak hingga pekat dan kental. Setlah masak, keluarkan daun pandan.
    Sendukkan adunan ke dalam loyang petak 18cm x 27cm dan ratakan bahagian atas semasa masih panas. Taburkan tahi minyak. Biarkan sejuk sebelum potong.
    .:Penyediaan Tahi Minyak:.
    Anda perlukan:
    1 cawan santan pekat
    Cara penyediaan:
    Masukkan santan ke dalam kuali dan kacau atas api kecil dengan senduk kayu sehingga kental dan berminyak anggaran selama 35 minit. Tutup api dan toskan minyak.





    Pau Kukus

    Bahan-bahan:

    Bahan inti :

    200 gram kacang merah
    Air secukupnya (untuk rebus kacang)
    100 gram gula perang
    1 sudu teh garam
    3 sudu besar minyak masak

    Bahan kulit pau :

    500 gram tepung gandum
    ½ sudu teh baking powder
    ½ sudu teh garam
    1 sudu makan gula
    1 sudu teh yis segera
    2 sudu makan shorterning [crisko]
    250 gram air suam
    keratan daun pisang atau kertas minyak.


    Cara Penyediaan:


    Untuk inti :

    Rebus kacang hingga separa kembang. Masukkan ke dalam pengisar bersama air rebusan dan kisar sehingga halus.
    Satukan kesemua bahan inti dalam periuk dan masak hingga pekat.
    Setelah pekat masukkan minyak masak dan kacau sehingga rata.

    Untuk pau :

    Satukan kesemua bahan kulit pau kecuali air. Gaul rata.
    Masukkan air sedikitsedikit sehingga habis. Uli sehingga licin.Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
    Tumbuk-tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan masukkan inti di tengah-tengahnya.
    Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas minyak.
    Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
    Sementara itu panaskan kukusan.
    Masukkan pau dalam kukusan dan kukus sehingga masak, anggaran selama 10 minit.
    Buka tudung kukusan dengan perlahan-perlahan supaya air wap tidak menimpa pau.
    Sedia untuk dihidangkan.




    Kuih Bom

    Bahan-bahan:

    Bahan inti:
    ½ biji kelapa parut
    ¼ cawan gula kabung
    ½ cawan gula pasir
    1 helai daun pandan
    ¼ cawan air

    Bahan kuih :
    240 gram tepung pulut
    ½ sudu teh garam
    1 sudu makan tepung gandum
    1 sudu teh air kapur
    200 ml air
    50 gram biji bijan
    Minyak masak secukupnnta untuk goreng terendam


    Cara Penyediaan:

    Penyediaan inti:

    Satukan kesemua bahan dan gaul dalam kuali. Panaskan atas api yang sederhana.
    Kacaukan hingga merengas dan separuh kering. Angkat dan ketepikan.


    Penyediaan kuih :

    Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul
    rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk adunan yang lembut. Tambah air jika tidak mencukupi.
    Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan isikan inti di tengah-tengahnya. Pastikan tidak bocor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga habis.
    Sementara itu panaskan minyak yang banyak di dalam kuali atas api sederhana besar.
    Goreng kuih bom hingga warna keemasan. Angkat dan tos.
    Sedia untuk dihidangkan.




    Lepat Labu

    Bahan-bahan
    • 1/4 biji labu kuning
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 1 - 2 sudu besar gula
    • Kelapa parut + garam
    • Daun pisang ( dilayur )

    Cara-cara

    1. Rebus labu hingga empuk. Toskan airnya, masukkan gula dan lenyek. Sejukkan.
    2. Bila sejuk, uli dengan tepung hingga rata.
    3. Ratakan atas daun pisang, letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung.
    4. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit. 



     Lepat Pisang

    Bahan-bahan
    • 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
    • 4 biji pisang yg dilenyek halus
    • 70 gm tpg gandum
    • 30 gm tpg jagung
    • 70 gm gula melaka dicincang halus
    • 4 sb pati santan
    • secubit garam

    Cara-cara

    1. layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
    2. pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
    3. kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
    4. adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
    5. daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
    6. air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.



    Lepat Jagung

    Bahan-bahan

    • 100 g tepung hong kwee
    • 460 g santan
    • 80 g gula
    • 1 tin jagung manis
    • Secubit garam
    • Sehekai daun pandan disiat
    • daun pisang dilayur

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung hong kwee, santan dan gula kedalam periuk dan dikacau diatas api sederhana sehingga likat.
    2. Masukkan jagung manis garam dan daun pandan dan kacau lagi. setelah agak-agak boleh di senduk tutup api.Jangan kental sangat.
    3. Sendukkan kedalam daun pisang dan bungkus seperti lepat dan sejukkan di dalam peti ais.
    4. Setelah disejukkan bolehlah dihidangkan. 




    Lepat Liat Lemak

    Bahan-bahan
    • 5 cawan tepung pulut
    • 2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
    • 1/2 cawan gula merah
    • 8-10 sudu makan gula pasir
    • 1/2 sudu garam
    • daun pisang secukupnya untuk balut.

    Cara-cara

    1. Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
    2. Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
    3. Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
    4. Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.
    5. Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
    6. Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.
    7. Apabila dah sejuk..makan le.
    8. **Walaupun ianya liat tetapi tak melekat kat daun pisang sebab ada santan. Selamat mencuba.*** 



    Putu Bambu


    Bahan-bahan

    259 gm tepung beras (direndam)
    1/3 cawan air
    1 camca garam
    1 ½ cawan kelapa parut
    1 cawan gula merah
    Hirisan-hirisan pisang masak
    Air limau nipis (direnjiskan ke atas hirisan-hirisan pisang)

    Cara:

    Renjiskan sedikit garam ke atas tepung,gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan 1 cawan kelapa parut & gaulkan hingga rata. Secara berselang-selang sudukan 2 camca. kelapa yang selebihnya & campurkan putu ke dalam suata batang buluh,bergaris pusat 8 cm .Isikan ke semuanya hingga habis. Jika tidak terdapat buluh. Isikan campuran putu ke dalam sebuah acuan bulat yang dialaskan dengan kelapa yang selebihnya. Kukus selama 10 minit, atau hingga masak.Hidangkan panas-panas dengan gula merah & pisang.




    Putu Kacang

    Bahan-bahan

    1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
    1 kg gula pasir 1 gelas air suam
     

    Cara:

    Goreng kacang hijau hingga kekuningan. Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata. 
    Perapkan kacang hingga kering semula. Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit. Perapkan lagi selama satu jam. 
    Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis. Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak. 
    Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati. 
    Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus. 
    Tekan adunan padat-padat dalam acuan. (Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat.) 
    Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau. Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan.
    Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang. Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.




    Sagu Biji 

     bahan-bahan :
     
    300 gm sagu biji
    sedikit kelapa parut
    gula melaka
    daun pisang (dilayurkan)

    Cara:
    1- sagu biji direndam dalam 15 minit supaya kembang.
    2- toskan airnya dan gaul rata dengan kelapa parut.
    3- gula melaka dipotong kecil.
    4- ambil sedikit adunan tadi dan letakkan sedikit gula merah ditengahnya.
    5- bungkus dengan daun pisang yang dilayurkan dan kukus dalam 20 minit.






    Tepung Bungkus

    Bahan-bahan

    1 cawan tepung beras
    2 cawan santan cair
    ½ biji kelapa muda parut
    1 keping gula melaka Sedikit tepung pulut
    Sedikit garam
    10 keping daun pisang, potong persegi bujur


    Cara:

     Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering untuk dijadikan inti. Bulatkan sebesar ibu jari. Golekkan di atas tepung pulut.
    Bancuh tepung beras dengan santan cair atas api sederhana dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak dan jangan biar berketul.
    Ambil daun pisang dan bubuh dua sudu tepung separuh masak tadi. Atur tiga biji inti dan tutup semula dengan dua sudu tepung separuh masak.
    Tutup dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya. Kukus hingga masak.

     












      No comments:

      Post a Comment