1 kg kueteau
200 gm tauge
120 gm daun kucai (dipotong)
100 gm daging ayam (dipotong)
100 gm sotong (dipotong)
100 gm udang
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 biji cili padi (ditumbuk) | 1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 ½ sudu besar pes tomyam
Sedikit garam & minyak masak
Air secukupnya |
· Panaskan sedikit minyak masak & gorengkan kueteau sekejap. Angkat & toskan minyaknya. · Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, daging ayam & sotong. Kemudian masukkan sedikit air, pes tomyam, garam, sos tiram, sos ikan & cili padi. · Akhir sekali, masukkan kueteau, tauge & daun kucai. Masak selama 5 minit. Angkat & hidangkan.
Kueteau Daging Halia
|
|
Bahan-Bahan: |
300 gm kueteau
200 gm daging batang pinang
1 tangkai daun bawang
Sedikit halia muda (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang putih (diketuk) | 1 sudu kecil kicap pekat
½ cawan air
1 kiub pati daging
Sedikit serbuk lada hitam
Garam & minyak masak |
Cara: |
· Panaskan sedikit minyak & gorengkan kueteau sekejap. Angkat & toskan. · Daging diketuk hingga lembut & dihiris nipis. Gaulkan dengan sos tiram, halia, serbuk lada hitam & kicap pekat. Perapkan sekejap. T · umiskan bawang putih hingga garing. Masukkan daging, air & goreng hingga hampir kering. · Akhir sekali, masukkan kueteau & bawang. Goreng lagi selama 2 minit. Angkat & hidangkan.
|
Char Keow Teow |
|
Bahan-Bahan: |
BAHAN A
1) Kicap sotong/kicap mee - 1/3 cawan(kat carrefour pun ada)
2) Kicap pekat - 2 sudu
3) Ajinomoto
4) Air - 2 cawan | BAHAN B
1) Minyak masak - 3 sudu
2) Keow teow - 1 mangkuk
3) Cili boh - 2 sudu
4) Telur - 1 biji
5) Udang besar - 3 ekor
6) Isi kerang - 10 biji
7) Daun kucai
8) Tauge |
Cara: |
BAHAN A
· Dicampur di dalam periuk & dipanaskan di atas api. · Secukup rasa masin & manis. · Dibiarkan sentiasa panas untuk mempercepatkan proses memasak keow teow.
CARA SETERUSNYA · Panaskan minyak masak · Masukkan udang & kerang · Masukkan cili boh · Masukkan daun kucai & tauge · Masukkan keow teow · Masukkan 2-3 senduk BAHAN A . Masukkan telur
· |
|
Kueteow Ladna Pedas
|
|
Bahan-Bahan: |
100 gm kueteau
50 gm udang
50 gm sotong (dipotong)
50 gm daging ayam (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong)
sedikit kobis | 1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 biji telur
Minyak masak & garam |
Cara: |
· Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan kueteau & kicap pekat. Gorengkan selama 2 minit. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk. Tumiskan bawang putih hingga garing. · Masukkan sostiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & masak hingga mendidih. |
Cadangan Hidangan: |
Tuangkan kuah ini ke atas kueteow tadi. |
|
|
Kueteow Kantonis Bahan2 :
- segenggam kuay teow
- 3 ulas bawang putih
- udang
- fishcake
- ayam
- 1 helai sawi (buat syarat je utk presentation. saya tak suka sayur)
- 1 biji telur
cara2 :
- goreng kuay teow & kicap. angkat & ketepikan. letak dlm pinggan.
- panaskan minyak lain.
- tumis bawang putih.
- then masukkan ayam, udang & fishcake. letak air sikit utk kuah.
- masukkan sawi.
- ejas rasa. garam + lada sulah + lada hitam (sikiitt je tau) + minyak bijan + sos ikan + sos tiram
- pecahkan telur. kacau2.
- pekatkan kuah dgn tepung jagung. (1 sudu je. bancuh dulu dgn air supaya tak berketul)
- siap. boleh tuang kuah atas kuay teow tadi.
Kueteow Kungfu
Bahan-Bahan
- kueh teow
- 2 biji telur
- lada hitam / lada putih
- mix seafood
- lobak
- 1~1setengah sudu besar tepung jagung
- 1 cawan air
- sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
- sos tiram
Cara-cara -
pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
-
masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
- tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
- balikkan supaya kedua-dua belah masak.
- masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
- [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
- tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
- masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
- biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)
Ginger Beef Kueteow
- 250 gram kue teow
- 2 cwn air rebusan daging
- 100 gram daging lembu - dihiris lebar2 & nipis2
- 1/2 cwn kobis cina & carrot - dihiris
- 2 sb halia muda - dihiris lebar2 & nipis2
- 1 biji bawang putih - diketuk
- 1 biji telur
- 1 sb kicap masin
- 1 sb sos tiram
- 1 kiub ayam - yg kecil
- sedikit bancuhan air & tepung jagung
- Vegetable oil
- Daun bawang - dihiris panjang2
-
Cara-cara - Gaulkan kue teow dgn kicap masin & sedikit vegetable oil di dalam mangkuk. Kemudian goreng kue teow tadi sebentar. Angkat dan letakkan di dalam pinggan lebar.
- Tambahkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama. Goreng daging bersama halia sehingga daging garing & masak. Angkat dan letakkan daging atas kue teow tadi.
- Untuk kuahnya pula, di dalam kuali yg sama goreng bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan air rebusan daging. Biarkan mendidih.
- Kemudian, masukkan sos tiram, sayur, kiub ayam & bancuhan tepung jagung tadi. Kacau.
- Akhir sekali, masukkan telur. Kacau perlahan2. Biarkan sebentar. Kemudian, boleh tuang kuah ke atas kue teow tadi. Taburkan daun bawang.
- Boleh dimakan bersama dgn lada jeruk. Selamat Mencuba.
KueTeow Kerang
Bahan-bahan
1 kg Kuey Teow
1 cmt Bawang Putih dikisar
1 bj Telur
1 cmb Lada Boh
1 cmb Sos Tiram
1 cmb Sos Cili
2 cmt Kicap Pekat
2 cmb Kicap Manis
1 cmt garam
1 cmt Gula
1 cmb kerang rebus dan dibuang kulitnya
500g Taugeh
¼ cwn Minyak
½ cwn stok rebusan kerang
Cara-cara
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi
- Masukkan lada boh dan biarkan garing sedikit.
- Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan air rebusan. Gaul dan biarkan mendidih.
- Pecahkan telur, gaul sedikit supaya telur tidak terlalu hancur.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan kerang dan kuey teow dan gaul rata sehingga airnya kering dan perencahnya berkaramel.
- Akhir sekali masukkan taugeh gaul sedikit terus dihidangkan.
Kueteow Goreng Basah
Bahan-bahan
* 500gram kuey teow
* 10 ekor udang
* 3 ulas bawang merah dihiris/tumbuk
* 1 ulas bawang putih diketuk
* 1 cawan stok daging (air rebusan daging)
* 2 sudu besar sos cili
* 1 sudu cili giling
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar kicap pekat manis
* sedikit sayur
* garam secukupnya
* 1 biji telur
CARA-CARA
1. bilas kuey teow dengan menggunakan tus dibawah aliran air paip, ketepikan
2. panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan barulah tumis pula bawang merah
3. masukkan pula cili giling dan goreng hingga naik bau.
4. masukkan sos cili, sos tiram, stok daging dan kicap. gaul sebati, masukkan udang dan sayur
5. setelah sayur layu masukkan kuey teow, kacau sebati dan tabur garam secukupnya, kacau lagi..kalo nampak agak kering boleh masukkan lagi stok daging..dan pecahkan telur biarkan telur separuh masak xperlu kacau lagi nanti kang telur hancur..bolehlah angkat bila telur dah separuh masak..
|
No comments:
Post a Comment